#OBCallingFoodies: Flint Coffee & Roastery Memperkenalkan Buffet Ramadan 2024 yang Menarik dengan Tema ‘Juadah Dendang Perantau’

Shopee Sale


Flint Coffee & Roastery, sebuah destinasi restoran premium dengan hidangan berkonsepkan bar kopi, masakan barat dan tempatan yang berkualiti tinggi pertama kalinya memperkenalkan Buffet Ramadan 2024, ‘Juadah Dendang Perantau’ mulai 16 Mac hingga 7 April 2024.

Pelbagai jenis hidangan istimewa

Sebaik melangkah ke dalam Flint, berasa sangat tenang apatah lagi melihat pelbagai buffet Ramadan sudah tersedia. Buffet ini menyajikan pelbagai jenis hidangan istimewa seperti Asam Pedas Ikan Pari, Kambing Bakar, Lala Masak Halia, Ikan Patin Tempoyak, Siput Sedut Lemak, Ayam Kurma, pembuka selera, pencuci mulut dan lain-lain.

Flint menawarkan diskaun sebanyak 10% daripada jumlah bil bagi tempahan yang dibuat dan dibayar sebelum 17 Mac 2024. Diskaun 10% juga diberikan bagi tempahan minimum 30 orang dan 15% untuk tempahan 50 orang atau lebih Flint turut komited memberikan pengalaman Ramadan yang bermakna kepada para pelanggan berkonsepkan hiasan minimalis, di mana setiap sudut menawarkan suasana yang berbeza.

Bersama pasukan yang terdiri daripada jurumasak berpengalaman tinggi dan barista terlatih, Flint berazam untuk berkongsi rasa premium sempena Ramadan tahun ini.

Kempen CSR ‘Malam Amal Flint’

Pada masa yang sama, Flint melancarkan kempen CSR ‘Malam Amal Flint’ yang akan diadakan pada 21 Mac 2024, bersama hasrat untuk membantu golongan Anak Yatim, Asnaf, Ibu Tunggal, Pesakit Kanser dan mereka yang memerlukan bagi meraikan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi Flint telah menjalankan kempen ini hampir setiap tahun sejak tahun 2018, walaupun menghadapi beberapa cabaran ketika pandemik.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Umur 40 Tahun Baru Dapat Beli Rumah Sendiri’ – Sabhi Saddi

Setiap Ramadan, Flint turut mengalu-alukan pelbagai penderma untuk menyokong kempen ini. Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk wang atau barangan mentah.Bagi sumbangan bahan mentah, penderma boleh menghantar ke Flint, The Curve bermula 21 Mac 2024.

Sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan melalui akaun Maybank 5627 5968 5182 (Solist Global Sdn.Bhd). Kepada penaja yang berminat untuk berkolaborasi dalam menjayakan Malam Amal Flint 2024, sila hubungi 016-2913551 atau e-mel ke [email protected].

Sebagai makluman, Flint tidak menerima barangan buatan Isra*l sebagai hasil sumbangan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular