#OBCallingFoodies: Nasi Kandaq Festival 2.0 Mai Lagi Hujung Minggu Ini, 11 Jenama ‘Lejen’ Berhimpun

Shopee Sale


nasi kandaq

Nasi Kandaq Festival edisi kedua kembali selepas mendapat sambutan yang luar biasa daripada penggemar ‘nasi kandar’ pada tahun lalu.

11 jenis nasi kandar

Nasi kandar fest 2.0

Masih kekal anjuran FriedChillies dengan kerjasama Sunway Putra Mall dan Nasi Kandaq Hunters, festival tahun ini akan menghimpunkan pelbagai juadah nasi kandar pada tahun 70-an di seluruh Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Adly Rizal, penganjuran tahun ini merupakan sambungan kejayaan tahun lalu yang mencatat lebih daripada 20,000 pencinta nasi kandar.

Penganjuran festival Nasi Kandaq pada tahun lepas mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan kehadiran lebih 20,000 orang penggemar nasi kandar serta menghimpunkan legenda-legenda utama nasi kandar negara di bawah satu bumbung.

Kami yakin acara ini akan berlangsung dengan lebih meriah pada tahun ini. Ia satu-satunya festival nasi kandar yang menampilkan hidangan dari 11 penjual nasi kandar utama negara dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Ipoh di bawah satu bumbung di Sunway Putra Mall, KL.

Tambah Adly, dia juga gembira apabila Nasi Kandaq Fest 2.0 tahun ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Kami berharap agar semua orang akan berkunjung dengan rakan-rakan dan keluarga untuk meraikan juadah yang enak dan unik ini serta menghayati budaya dan warisan di sebalik nasi kandar.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Mall, Danny Lee, sentiasa terbuka untuk menyediakan lokasi utama bagi penganjuran festival sekaligus memberi keselesaan kepada setiap pengunjung yang hadir.

Sunway Putra Mall komited untuk mempersembahkan acara unik kepada pelbagai lapisan masyarakat. Selepas beberapa acara bertemakan makanan pada 2023, kami sedar yang pengunjung kami sangat menanti-nantikan acara sebegini dan keterujaan ini selari dengan misi kami untuk mewujudkan sebuah ruang bagi perhimpunan dan perayaan.

Pusat membeli-belah kami terletak secara strategik di tengah-tengah ibu kota dengan akses mudah kepada pengangkutan awam dan perkhidmatan e-panggilan. Ia lokasi yang sesuai untuk kawan-kawan dan keluarga bertemu dan menikmati acara ini secara bersama.

Manakala pengasas bersama Nasi Kandaq Hunters (NKH), Badrul Izam berkata Nasi Kandaq Fest 2.0 akan menjadi ‘kampung’ peminat tegar nasi kandar di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

Dengan senarai penjual nasi kandar yang dipilih secara teliti, kami yakin setiap pengunjung akan menemui sesuatu yang memenuhi selera mereka dan pada masa sama, meneroka pelbagai rasa yang baharu. Kami mengalu-alukan semua 265,000 anggota NKH untuk menyertai pesta makanan ekstravaganza ini.

Antara jenama ‘lejen’ yang terbabit adalah:

Nasi Kandar Ayam Merah Yong Suan (Nasi Ganja), Ipoh

MENARIK:  Eira Syazira Sedar Hamil Anak Ketiga Masa Usia Tujuh Bulan, Berlaku Pendarahan Sebab Aktif ‘Boxing’

YongSuan-AyamMasakMerahTheFullPlate

Yusuf Restaurant, Penang

Yusuf-AyamBawang

Restoran Kudu Bin Abdul, Kuala Lumpur

Kudu-Assortment

Hameediyah, Kuala Lumpur

Hameediyah - Ayam Bawang Nasi Kandar

LC Restoran (Line Clear), Kuala Lumpur

nasi kandaq line clear

Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park, Penang

Pelita-AyamGorengOnPlate

Nasi Kandaq Talam, Johor Bahru

talam nasi kandar

Restoran Majeedia, Ipoh

majeedia

Jamal Mohamed / Nasi Kandar Pokok Ketapang, Penang

Ketapang-AyamWithDagingHitam

Bukan itu sahaja, pengunjung akan dihiburkan dengan pertunjukan cendol teh tarik dan demonstrasi memasak, dapat bertemu dengan lagenda Nasi Kandar di samping dibuai dengan persembahan dan muzik era 70-an secara langsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FriedChillies (@friedchillies)

 

 

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular