#OBFesyen: Fiziwoo Pilih Ruhainies Sebagai Muse Riviera Raya, Tampil Dengan Koleksi Warna Pastel

Shopee Sale


Fiziwoo Studio sebuah jenama yang terkenal dan tidak asing lagi dalam industri fesyen. Reka bentuknya yang inovatif dan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada tradisi, kali ini Fiziwoo mengumumkan pelancaran terbaharunya iaitu koleksi ‘Riviera Raya’.

Riviera Raya

Diilhamkan dari Mediterranean, koleksi kali ini sangat sesuai dengan intipati kebebasan dan santai serta mengajak pemakai untuk menghayati semangat bercuti di musim perayaan.

Melukis keindahan pantai Malaysia, koleksi Riviera Raya membangkitkan kenangan matahari, pasir, dan laut. Sempena 10 tahun Fiziwoo melancarkan koleksi raya, mereka akhirnya memperkenalkan muse untuk raya koleksi mereka iaitu pelakon, Ruhainies.

Bercerita mengenai koleksi warna pula, Fiziwoo menyediakan pelbagai warna pastel lembut sehingga ke rona tanah dan permata yang bertenaga. Pemilihan warna tersebut dikatakan simbolik kepada kepada kepelbagaian landskap Malaysia yang menawarkan sesuatu untuk setiap rasa dan kesempatan. S

Sebagai tambahan kepada fabrik campuran policotton tandatangan Fiziwoo, koleksi ini turut memperkenalkan renda guipure untuk sentuhan lembut, feminin, dan jacquard tenunan untuk tampak berani serta kelihatan kontemporari pada hari raya.

MENARIK:  ‘Bila Orang Maki, Takkan Saya Nak Diam? Saya Ada Perasaan & Sabar Saya Juga Ada Hadnya’ – Fathia Latiff

Bagi mereka yang mahu mendapatkan koleksi Riviera Raya Lebaran 2024 by FIZIWOO, korang boleh beli di www.fiziwoo.com dan di butik mereka yang terletak di KL East Mall.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular