Onew Bakal Terbang Ke Malaysia Julai Ini, Temui Peminat Secara Solo

Shopee Sale


onew

Selepas 16 tahun dalam industri hiburan Korea Selatan, ini adalah kali pertama anggota kumpulan Shinee iaitu Onew akan bertemu peminatnya di Malaysia tahun ini.

Temui Onew Julai ini

onew

Menerusi Guess Onew Fanmeeting 2024, Onew atau nama sebenarnya Lee Jinki bakal menemui peminat di negara ini pada 27 Julai 2024.

Pertemuan bersejarah yang dibawa khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert Productions tersebut dijadualkan bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.

Menurut wakil MND Sport & Event Sdn Bhd iaitu Harith Daniel berkata, ini merupakan kali pertama penyanyi berusia 35 tahun itu akan beramah mesra bersama peminatnya di Malaysia.

Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan bahawa acara ini akan memenuhi jangkaan ‘temu janji pertama’ peminat dengan sepenuh hati.

Dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai sejak debutnya pada tahun 2008, MND Sport & Event Sdn Bhd juga percaya bahawa acara ini akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lama menunggu kehadiran solo Onew di negara ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Reply tersebut juga teruja untuk terbang ke Malaysia dan menjanjikan kejutan buat para peminatnya.

MENARIK:  Linkin Park Adakan Konsert Tribute Buat Chester Bennington Di Malaysia September Ini

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket anda. Tiket dengan kategori dan harga (CAT 3 – RM258), (CAT 2 – RM358), (CAT 1 – RM558), (SEAT – RM858) & (VIP SOUNDCHECK – RM988) boleh didapati melalui http://www.myticket.asia.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular