Ketika ini beberapa negeri di utara Malaysia sedang mengalami musim banjir dan antara yang terkesan adalah jurusolek terkenal, MUA Bellaz.
Tetap hantar bantuan
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini dilihat sedang berada di dalam sebuah kereta bersama suaminya.
Meskipun kediamannya ditenggelami air namun dia sempat menyarung baju kurung berwarna hijau dan menyorot perhatian warganet.
Walaupun air banjir, OOTD (outfit of the day) jangan dilepaskan. Alang-alang nak keluar pergi ke pekan tadi sempat OOTD.
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak ini memberitahu bahawa suaminya turut membantu penduduk di kawasan perumahan mereka.
Mat Nuart (suami), tak boleh berlawa sebab dia memandu ulang alik ambil orang dalam kampung.
Sebab kereta dia tinggi lepas sikit keluar masuk kampung. Hari ini air makin naik dari semalam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikkan Bellaz walaupun dalam keadaan ditenggelami air banjir.
Dalam masa yang sama, mereka juga mengagumi keikhlasan pasangan itu yang sanggup membantu masyarakat di dalam kesusahan.
Air banjir tetap tak tenggelamkan kecantikan Bellaz.
Macam mana naik atas bumbung kereta? Pakai kain dan tumit tinggi lagi.
MasyaAllah, patut Allah melimpahkan rezeki untuk Bella dan Mat Nuart. Sejenis ringan tulang dan tak kekok bantu orang lain.