‘Padu The Movie’ Angkat Kisah Benar Pasukan Bola Keranjang Wanita Malaysia, Bakal Ditayangkan Di Pawagam 6 Jun Ini!

Shopee Sale


Syarikat Global Station tampil mempersembahkan sebuah filem terbaru iaitu ‘Padu’. Mengangkat kisah sebenar dari empat wirawati pasukan Bola Keranjang Negara, filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 6 Jun ini.

Peristiwa benar

Filem arahan Faisal Ishak ini menampilkan Izzati Yaakob (Fify Azmi), Mulan (Jojo Goh), Kalaimathi Rajintiran (Thanuja Ananthan) dan Jurulatih Yoong (Lim Mei Fan).

Lebih istimewa lagi, Filem Padu turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Malah, mereka turut memaparkan peristiwa penting yang berlaku dalam sukan bola keranjang antarabangsa seperti pemansuhan larangan berhijab yang diinspirasikan oleh Pasukan Wanita Qatar ketika Sukan Asia 2014.

Menurut Faisal, dia turut menyelitkan beberapa watak fiksyen bagi menghidupkan lagi jalan cerita filem biopik ini.

Malah, para pelakon yang terlibat turut berpeluang untuk berjumpa dengan pemain sebenar supaya watak yang dijayakan mampu meninggalkan kesan kepada penonton.

Memang sukar untuk mengikut tiga peristiwa penting yang berlaku seperti yang dipamerkan dalam filem. Tapi, saya rasa untuk mencantikkan jalan cerita kita wujudkan beberapa watak fiksyen.

Untuk pemilihan pelakon, kami ada buat perbincangan sebelum itu sama ada untuk memanggil pemain asal untuk berlakon atau ambil pelakon menjadi pemain.

Tapi bagi saya, kriteria yang utama bagi saya adalah lakonan dan kedua fizikal mereka. Jadi kami mencari pelakon yang mempunyai persamaan dengan pemain sebenar.

Kami turut membawa setiap pelakon utama dengan pemain sebenar supaya mereka dapat kenali perwatakan mereka lebih rapat.

Tambah Faisal, setiap pelakon diberikan tempoh selama tiga bulan untuk mengenali setiap atlet dengan lebih rapat termasuklah menguasai skil bermain bola keranjang secara profesional.

Menurut Fify yang menjayakan watak sebagai Kapten Izzati, antara cabaran yang dihadapi oleh setiap barisan pelakon yang terlibat adalah mereka tidak mempunyai latar belakang bermain bola keranjang

Kami diberikan masa selama tiga bulan untuk nampak macam atlet negara yang profesional supaya boleh jayakan watak tersebut sedekat yang boleh dengan mereka. Untuk mengikut skill mereka memang susah.

Dalam pada itu, Thanuja yang memainkan watak sebagai Kalai turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada atlet pasukan itu kerana sudi memberikan tunjuk ajar demi membuat setiap watak yang dijayakan lebih hidup.

Filem ini berdasarkan biopik dan bukan lakonan semata-mata jadi kami  memang cuba sedaya upaya meniru perwatakan mereka.

Kami sangat berterima kasih kerana mereka sangat membantu untuk kami menjayakan filem ini. Kami juga berpeluang untuk mengenali mereka dengan lebih rapat dan sampai sekarang kami berkawan di media sosial.

Menurut penerbit filem ‘Padu’ iaitu Datuk Zaitun Mohd Jiwa, filem biopik ini dapat memberikan inspirasi kepada penonton selain mengenang dan menyanjungi jasa mereka yang telah mengharumkan nama negara.

Kami juga berharap agar wirawati kita akan dikenang dan disanjung selayaknya kerana telah mengharumkan nama Malaysia.

Kita patut berbangga dikurniakan pemain-pemain yang mempunyai semangat berdaya saing serta mempunyai semangat juang yang tinggi.

Selain Fify, Thanuja, Jojo dan Mei Fan, Padu The Movie ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Datin Seri Ummi Aida, Eizlan Yusof, Lia Natalia, Fikhree Bakar, Melissa Campbell dan ramai lagi.

MENARIK:  Nenek 80 Tahun Baling Batu Dekat Jiran Sampai Mati, Tutup Mayat Dengan Zink

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular