Pak Nil, Jamal Jamaluddin & Hazeman Huzir Diangkat Sebagai Wajah Baru Kool 101

Shopee Sale


Stesen radio milik Media Prima Audio (MPA), iaitu Kool 101 sentiasa menyampaikan isu semasa serta sosial dan dilihat terus konsisten untuk memberikan input yang menarik buat para pendengar setia mereka.

Nafas baru Kool 101

Demi memastikan kualiti tersebut terus disampaikan kepada pendengar, Kool 101 dengan sukacitanya ingin mengumumkan perubahan yang mendebarkan dalam landskap penyiaran dengan kedatangan penyampai radio baharu yang pastinya akan menyegarkan halwa telinga pendengar.

Penyampai baharu yang bakal mewarnai keluarga Kool 101 ialah pengacara dan penyampai radio popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil.

Pengalaman yang dimiliki Pak Nil sebagai seorang pengacara, pelakon, pengarah, penulis, penyanyi, penghibur dan penyampai radio pastinya akan menambah serta menyempurnakan lagi kualiti yang diberikan radio Kool 101 kepada pendengar.

Sempena penambahan Pak Nil sebagai penyampai radio yang baharu, pendengar boleh berinteraksi secara langsung bersama  melalui segmen 101 Pak Nil.

Segmen ini akan memberikan peluang kepada pendengar untuk berkongsi masalah berkaitan perhubungan, kekeluargaan mahupun kehidupan. Melalui segmen itu juga, Pak Nil akan memberikan pandangan, nasihat serta tips peribadi beliau terhadap perkongsian tersebut.

Dengan adanya beliau, Kool 101 yakin bahawa Pak Nil akan memberikan sesuatu baharu bukan sahaja untuk stesen radio Kool 101, malah untuk pendengar juga.

Selain daripada Pak Nil, Kool 101 juga menampilkan penyampai radio berpengalaman, Jamal Jamaluddin dan Hazeman Huzir sebagai muka baharu.

MENARIK:  [VIDEO] Tular Lagu Ciptaan Ag Astillah Tentang Kisah Bella & Aliff? – ‘Lepaskan Diri Yang Kau Tak Cinta’

Buat para pendengar, anda boleh mendengarkan Pak Nil di segmen ‘Pagi On Point Extended’ bersama Haiza dan Muaz, ‘PM Kool’ 101 bersama Hanif dan Hazeman Huzir dan ‘Cerita Malam Kita’ bersama Jamal Jamaluddin.

Jangan lupa untuk dengarkan Kool 101 menerusi frekuensi 101.3 FM di Lembah Klang, 90.2 FM di Penang, 107.3 FM di Alor Setar dan 104.3 FM di Sarawak.

Bukan itu sahaja, para pendengar juga boleh mendengar Kool 101 secara live streaming di www.kool101.audio dan YouTube Kool 101 TV.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular