‘Panggilan Papa Untuk Ubai, Dia Ambil Langkah Proaktif Sebagai Bapa Sambung’ – Shila Amzah

Shopee Sale


Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan suaminya, Ubai MZ merupakan seorang sangat ‘caring’ dan penyayang terhadap anak pertamanya Seth Uwais.

Ubai penyayang

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memaklumkan perkara tersebut ketika menjawab soalan diajukan oleh pengikutnya di Instagram Story (IG Story).

Menerusi hantaran tersebut, pengikutnya bertanyakan adakah bapa kandung kepada Seth tahu mengenai anaknya yang disahkan menghidap masalah autisme.

Kak sha, papa Seth tahu tak pasal ini, dia ambil berat pasal Seth tak?

Menjawab kepada pertanyaan itu, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu memaklumkan panggilan ‘papa’ digunakan anaknya untuk memanggil Ubai.

Walau bagaimanapun, Shila tidak menjawab dengan terperinci mengenai bekas suami sebaliknya memaklumkan Ubai adalah individu yang sangat ‘caring’ terhadap Seth.

Panggilan papa adalah untuk Ubai dan memang Ubai yang mengambil langkah proaktif terhadap Seth sebagai bapa sambung.

Untuk menjawab soalan awak, Ubai sangat ‘caring’ dan penyayang terhadap Seth, Alhamdulillah.

Terdahulu, Shila dan Ubai dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan proses terapi terhadap Seth yang disahkan menghidap penyakit autisme selain menghantar anak pertamanya itu ke sekolah khas.

Untuk rekod, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

MENARIK:  Shuib Dituduh ‘Heret’ John Ke Mahkamah

Imbas kembali, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.

Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular