PayNet Lancar Kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai Di 7 Negeri Di Malaysia

Shopee Sale


Apabila tibanya bulan Ramadan, ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk beli hidangan berbuka puasa. Boleh dikatakan suasana di bazar Ramadan memang meriah setiap tahun. Maklum la setahun sekali je kan?

Ramai yang cari murtabak, kuih tepung pelita, roti john, ayam percik dan sebagainya di bazar Ramadan. Senang cerita, makanan yang korang boleh jumpa di bazar Ramadan je. Boleh cuci mata sepuasnya!

Nak pergi bazar Ramadan, mesti korang sediakan wang tunai siap-siap di tangan kan? Sekarang tak perlu lagi guys. Nak tahu kenapa?

PayNet lancarkan kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai di 7 negeri!

Sepanjang bulan Ramadan tahun ni, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melancarkan kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai buat semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di tujuh negeri. Senang cerita, korang dah boleh cashless di bazar Ramadan!

Kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai ni dijayakan dengan kerjasama daripada pihak bank pemeroleh dan rakan kongsi platform pembayaran digital serta peniaga PMKS. Lepas ni korang boleh membayar melalui DuitNow QR di bazar Ramadan. Cekap dan mudah!

“Dengan penyediaan titik sentuh ini, ia bakal menggalakkan lebih banyak perbelanjaan tanpa tunai di bazar Ramadan, dan kami menganggarkan lebih kurang tiga juta urus niaga DuitNow QR di sepanjang kempen ini”

-Azrul Fakhzan Mainor, Pengarah Kanan Bahagian Komersial PayNet-

7 negeri ni terpilih dalam kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai

Peniaga di beberapa bazar Ramadan akan menerima cashless sempena kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai. Sebanyak 46 lokasi bazar Ramadan di tujuh negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Perak, Terengganu, Sarawak dan Kuala Lumpur terpilih.

Setiap negeri akan bekerjasama dengan rakan-rakan strategik pembayaran digital PayNet iaitu Agrobank, Bank Muamalat, Bank Islam, Merchantrade, Touch ‘N Go Digital, Hong Leong Bank, Bank Simpanan Nasional dan MBSB Bank untuk memperkasa dan memperhebat penerimaan DuitNow QR dalam kalangan PMKS.

Berlangsung sepanjang Ramadan dengan pelbagai aktiviti menarik!

Buat pengetahuan korang, kempen ni akan berlangsung sepanjang Ramadan. Banyak aktiviti dan ganjaran menarik disediakan untuk pengunjung di enam lokasi terpilih. Antaranya ialah:

  • 22 dan 23 Mac 2024: bazar Ramadan Gong Badak, Terengganu
  • 28 dan 29 Mac 2024: bazar Perkarangan Stadium Perak, Kinta
  • 29 dan 30 Mac 2024: bazar Ramadan Tasek Raja, Pasir Mas
  • 30 dan 31 Mac 2024: bazar Ramadan Lasar Kenyalang, Bintulu
  • 4 dan 5 April 2024: bazar Perkarangan Stadium Darulaman, Kota Setar
MENARIK:  Maut Menyerang Pemain Bola Sepak yang Dipanah Petir pada Saat Bermain di Padang.

Paling best, platform media termasuk stesen radio seperti Hot FM Zoomerz akan berada di Johor, Perak dan Kedah. Geng Molek FM akan berada di Terengganu dan Kelantan. Pasukan KupiKupi FM pula akan berada di Sarawak.

Semuanya akan menemui korang untuk membuat pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk pengunjung. Seronoknya!

Peniaga tempatan dapat pengetahuan tentang kewangan digital

Kesedaran tentang teknologi digital dalam masyarakat terutama dalam kalangan PMKS semakin meningkat. Ramai peniaga tempatan mula transformasi digital supaya perniagaan mereka dapat bertahan dan kekal bersaing dalam pasaran.

“Sebelum ini, kita akan memastikan wang tunai sentiasa cukup di tangan dan tidak sabar-sabar mengelilingi bazar Ramadan untuk memilih juadah berbuka. Dalam dunia hari ini, di mana pelbagai pilihan pembayaran tersedia, pelanggan telah menukar pilihan mereka kepada urus niaga tanpa tunai”

-Azrul Fakhzan Mainor, Pengarah Kanan Bahagian Komersial PayNet-

Dengan adanya kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai, PayNet dan rakan-rakan strategik pembayaran digitalnya dapat sediakan akses kepada PMKS tempatan untuk meningkatkan pengetahuan literasi kewangan digital. Peralihan mereka kepada cashless turut disokong sepenuhnya.

So, tiada la isu duit besar dan kecil di bazar Ramadan lepas ni. Kerja peniaga jadi lebih mudah. Korang pun tak perlu bawa wang tunai yang banyak ke bazar Ramadan lagi. Tak sabar nak pergi bazar Ramadan hari ni!

Nak tahu info lebih lanjut tentang kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai oleh PayNet? Klik SINI ya.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular