Pecah Rekod! Hot FM ‘On Air’ Bergerak Paling Terpanjang Di Malaysia

Shopee Sale


Stesen Radio No. 1 Di Malaysia, Hot FM telah melakukan percubaan yang mengagumkan sekaligus mencipta rekod baru dengan mengadakan program ‘Mission Impossible Bekpes Hot’ iaitu siaran luar bergerak terpanjang di Malaysia.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Bekpes Hot Bakal ‘On Air’ Dalam ETS KL Sentral Ke Padang Besar 8 Mac Ini

Artikel berkaitan: Hot FM Perkenalkan Aidil Fikri, DJ AI Bahasa Melayu Pertama Di Malaysia

KL ke Perlis

Siaran luar istimewa ini bermula dari Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 8 Mac 2024 yang lalu, bermula jam 7.08 pagi bersamaan dengan pelepasan tren ETS menuju ke Stesen Padang Besar, Perlis.

Perjalanan sejauh lebih daripada 500 kilometer dengan jangkaan masa perjalanan lebih kurang 6 jam telah melalui beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis.

Kejayaan program ‘Mission Impossible Bekpes Hot’ ini adalah hasil kerjasama antara Hot FM dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan Tren ETS.

Acara yang bermula pada jam 7 pagi di Kuala Lumpur dan berakhir pada jam 12 tengah hari di Padang Besar, Perlis ini menampilkan penyampai Bekpes Hot seperti KJ, Johan, Fara Fauzana & AG, serta siaran lintasan istimewa bersama Keymi FYP @ Hot dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari.

Sambutan Hari Wanita Sedunia

Selain cubaan memecahkan rekod siaran luar terpanjang di Malaysia, acara ini juga merupakan penghargaan kepada penumpang wanita sempena Hari Wanita Sedunia di mana Hot FM dan KTMB mengagihkan bunga ros dan coklat kepada penumpang wanita yang bertuah.

Bukan itu sahaja, acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Amir Jahari, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), yang mendendangkan lagu ‘Hasrat’ dan secara eksklusif memperkenalkan lagu barunya iaitu ‘Ingin Pulang’ kepada semua yang berada di dalam koc ETS tersebut.

Acara ini turut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin melalui majlis simbolik di platform 1 Stesen Sentral Kuala Lumpur.

MENARIK:  Acap S: Kecewa Ibu Dengan Keputusan Saya di Pertandingan, Tidak Berjaya Bawa Pulang Trofi

‘Mission Impossible Bekpes Hot’ ini adalah sebahagian daripada kalender ‘DJ KJ 1 Year Anniversary’ yang dirancang sempena ulang tahun ke-1 KJ bersama Hot FM.

Program istimewa bulan Ramadan

Selain itu, Hot FM bakal mengadakan beberapa program istimewa pada bulan ramadan tahun ini antaranya Bubur Lambuk Giveaway yang diadakan pada 20 Mac dan Soq Bekpes Hot pada 23 Mac ini.

Pendengar semua dijempur hadir bersama-sama untuk memeriahkan lagi siaran luar istimewa sahur pada 23 Mac ini.

Pada bulan Mei 2024, Hot FM akan melancarkan sebuah kasut istimewa dalam kerjasama dengan jenama tempatan Sniika.

Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta X @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822.

The following two tabs change content below.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular