Peguam Syarie Kongsi Cara Nak Heret Keluarga & Mentua Ke Mahkamah, Sekiranya Jadi Punca Keretakan Rumah Tangga

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang peguam Syarie memaklumkan suami atau isteri boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga atau keluarga mentua sekiranya menjadi punca keretakan sesebuah rumah tangga.

Tindakan terhadap pengganggu rumah tangga?

Sekadar gambar hiasan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, peguam Amalina Adam memaklumkan bahawa tindakan tersebut boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menjadi punca atau penyebab utama pasangan suami isteri bergaduh sehingga memporak-perandakan rumah tangga mereka.

Tambahnya lagi, individu yang menjadi mangsa boleh mengemukakan laporan beserta bukti ke Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing.

Mentua, ipar, duai, adik-beradik dan sebagainya jika sekiranya anda menjadi penyebab utama berlakunya keretakan rumah tangga atau menjadi pengganggu rumah tangga sehingga memporak-perandakan rumah tangga suami dan isteri tersebut, maka anda boleh dikenakan tindakan dan akan didakwa di Mahkamah Syariah.

Cukup bukti, cukup syarat boleh mendakwa dan didakwa di mahkamah.

Susulan daripada itu, peguam Amalina menggesa mereka yang menjadi mangsa dalam rumah tangga agar tampil membuat laporan demi keadilan.

Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berkongsi pengalaman pahit yang dilalui mereka apabila terpaksa berpisah dengan pasangan masing-masing dek campur tangan keluarga.

See you in court ya mentua dari neraka.

Saya dah buat, mak mentua kena saman RM3,000. Aku tak kisah dia nak cakap aku menantu derhaka, serik dah dengan mak mentua.

Bini aku sampai anxiety. Last aku tinggalkan diorang, sampai sekarang ada yang masih kacau sampai ke keluarga dia. Tak kan saya nak suruh dia buat macam tu pada keluarga saya.

Sepanjang perkahwinan dibenci oleh mentua, kenapa kejam sangat dunia ni.

MENARIK:  Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam – ‘Apa-Apa Keputusan Saya Berserah Kepada Allah’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular