Pelaburan Berterusan Dalam Sistem Tenaga, Menjamin Bekalan Elektrik Stabil & Masa Depan Hijau

Shopee Sale


Setiap kali kita menghidupkan lampu, mengecas telefon atau menggunakan peranti elektrik di rumah, adakah kita sedar bahawa semua ini memerlukan sistem tenaga yang kukuh dan stabil? Tetapi, korang tahu tak bahawa permintaan elektrik semakin meningkat, dan ia memerlukan pelaburan besar untuk memastikan bekalan kekal stabil untuk masa depan?

Untuk menampung peningkatan permintaan serta menyokong peralihan kepada tenaga hijau, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang memperkukuh pelaburannya dalam sistem tenaga.

Inisiatif ini bukan sahaja memastikan bekalan elektrik kekal stabil, tetapi juga menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau dan mampan.

Pelaburan strategik untuk memperkasakan infrastruktur tenaga

Sistem tenaga negara memerlukan pelaburan berterusan bagi memastikan loji jana kuasa dan talian penghantaran kekal cekap, moden, dan sedia menghadapi cabaran masa depan. Tanpa pelaburan, infrastruktur yang semakin berusia dan kapasiti grid yang terhad boleh mengganggu bekalan elektrik, terutama ketika permintaan terus meningkat.

Untuk menangani cabaran ini, TNB telah memperuntukkan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM35 bilion hingga RM45 bilion bagi tempoh Regulatory Period 4 (RP4) dari 2025 hingga 2027.

Ini hampir dua kali ganda berbanding pelaburan sebelum ini. Langkah ini memastikan sistem tenaga lebih cekap, stabil, dan bersedia untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Beberapa projek utama yang sedang dijalankan termasuk:

  • Pembangunan Hidro Elektrik Nenggiri (300MW) – Projek strategik yang dijangka siap
    pada 2027, menyumbang kepada bekalan tenaga hijau negara.
  • Program Pelanjutan Hayat Loji Hidro Sungai Perak (651MW) – Usaha untuk
    memastikan loji tenaga hidro terus cekap dan mampu menyumbang kepada sistem
    tenaga nasional.
  • Projek Hibrid Hidro-Floating Solar (HHFS) di Chenderoh dan Temenggor – Gabungan
    tenaga hidro dan solar terapung untuk meningkatkan kecekapan tenaga bersih.

Menjamin masa depan hijau melalui pelaburan tenaga bersih

Selain memperkukuh grid, TNB juga memfokuskan kepada tenaga boleh baharu (TBB). Inisiatif hijau ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil tetapi juga membantu Malaysia mencapai sasaran peralihan tenaga.

Bagaimana rakyat Malaysia mendapat manfaat?

Mungkin korang tertanya-tanya, “Bagaimana pelaburan TNB ini memberi manfaat kepada saya?” Jawapannya ada pada keselamatan bekalan elektrik dan pulangan kepada rakyat melalui dividen kepada GLICs.

Pada tahun 2023, TNB membayar dividen sebanyak RM2.66 bilion kepada para pemegang saham, di mana sebahagian besarnya adalah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLICs) seperti KWSP, Tabung Haji, dan PNB.

MENARIK:  Ezuwan Ismail Rasa Bertuah Diberi Mandat Untuk Hasilkan Tiga Rekaan Buat Sandra Lim – ‘Ini Kali Pertama Buat Baju Untuk Ratu Cantik’

Ini bermaksud, hasil pelaburan TNB akhirnya memberi manfaat kepada berjuta-juta rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan di dalam KWSP, Tabung Haji dan pelaburan unit amanah PNB.

Lebih penting lagi, pelaburan TNB membantu memastikan bekalan elektrik yang stabil.

Bagaimana TNB membina masa depan lebih cerah?

Dengan pelaburan besar dalam infrastruktur tenaga, tenaga hijau, dan teknologi pintar, TNB
berusaha memastikan sistem tenaga Malaysia bersedia untuk cabaran masa depan. Beberapa
manfaat utama dari pelaburan ini ialah:

  • Mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil – Dengan lebih banyak tenaga
    solar, hidro, dan teknologi hijau, Malaysia boleh mengurangkan pelepasan karbon.
  • Menjamin bekalan elektrik stabil apabila grid lebih moden dan loji jana kuasa lebih
    cekap.
  • Menyokong Rancangan Peralihan Tenaga Negara (NETR) – Pelaburan dalam tenaga
    bersih membantu negara mencapai sasaran sifar karbon bersih.
  • Menjana pulangan kepada rakyat – Dividen kepada GLICs seperti KWSP dan Tabung
    Haji memberi manfaat kepada berjuta-juta rakyat Malaysia.

Setiap kali kita menggunakan tenaga elektrik di rumah, kita bergantung pada sistem yang cekap, stabil dan mampan. Tetapi sistem ini tidak berlaku dengan sendirinya. Ia memerlukan pelaburan besar dan tindakan strategik daripada TNB.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular