Pelajar Kolej Vokasional Dibelasah Sampai Mati Di Bilik Asrama

Shopee Sale


Seorang plajar lelaki ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, pada pagi Jumaat.

Dibelasah sampai mati

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad, mangsa iaitu Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada 6.50 pagi.

Bertindak atas laporan yang dibuat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan mendapati, kejadian berlaku di bangunan tingkat asrama lelaki kolej berkenaan. Mayat seorang remaja lelaki dalam keadaan terbaring ditemui di atas lantai di dalam sebuah bilik asrama kolej itu.

Pegawai perubatan dari Hospital Lahad Datu kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.

Difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni-penghuni asrama yang lain. Susulan daripada itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun ditahan dan pihak polis masih mengesan 7 saksi bebas untuk membantu siasatan. Turut dirampas adalah alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes.

MENARIK:  Aisyah Hijanah Menolak Cerita Poligami Alif Teega Hanya Marketing – 'Saya Mungkin Kelihatan Tenang'

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular