Pelawak Along Cham Ditahan Polis, Disyaki Miliki Ganja Dalam Rumah

Shopee Sale


Polis mengesahkan selebriti lelaki tempatan yang ditahan kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya pada Sabtu adalah pelawak Along Cham.

Ditahan polis disyaki miliki ganja

Memetik laporan Kosmo, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, akan di bawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti berusia 41 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

MENARIK:  Isteri Bakar Suami Sampai Mati, Marah Sebab Baki Gaji Hanya Tinggal RM230

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular