Pendidikan Untuk Semua- KPM Komited Mengilap Setiap Potensi Pelajar Pendidikan Khas Dalam Semua Bidang

Shopee Sale


KPM

Kredit foto: BERNAMA & MAJORITI

Agenda Pendidikan Untuk Semua direalisasikan oleh KPM menerusi pelaksanaan pendidikan khas bagi memberi ruang dan peluang kepada MBPK untuk mengikuti pendidikan yang berkualiti dan relevan selari dengan keperluan mereka.

Bagi yang tak tahu, Pendidikan Khas merupakan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan pendidikan khas atau singkatannya MBPK.

KPM telah menyediakan tiga pilihan persekolahan bagi MBPK iaitu di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI).

Berdasarkan data 31 Januari 2024, terdapat seramai 119,565 MBPK di seluruh negara.

Prinsip “Pendidikan untuk Semua” KPM menyediakan pendidikan untuk semua golongan kanak-kanak tanpa mengira kaum, latar belakang & ekonomi

Dalam usaha meningkatkan ruang dan peluang pendidikan, KPM sentiasa memohon peruntukan bagi pembinaan sekolah baharu dan pembinaan bangunan tambahan/baharu melalui Projek Pembangunan di Bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Sehingga kini, KPM telah memperoleh kelulusan bagi permohonan gantian penuh lima sekolah pendidikan khas sedia ada yang berstatus menumpang iaitu SKPK Besut, SKPK Taiping, SKPK Jalan Peel, SKPK Seremban dan SKPK Sibu.

Terdapat empat pilihan kurikulum yang boleh diikuti selaras dengan keupayaan mereka

Kesemua kurikulum adalah diluluskan oleh Ketua Pendaftar KPM. Empat pilihan kurikulum tersebut ialah:

  • Kurikulum Kebangsaan – iaitu kurikulum yang sama seperti murid arus perdana.
  • Kurikulum Kebangsaan yang diubah suai berdasarkan ketidakupayaan MBPK contohnya seperti mata Pelajaran Bahasa Melayu (Suaian) untuk MBPK Ketidakupayaan Pendengaran dan Pendidikan Jasmani (Suaian) dan Pendidikan Kesihatan yang disediakan khusus untuk MBPK Ketidakupayaan Penglihatan.
  • Kurikulum yang dibina khusus iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
  • Kurikulum latihan kemahiran yang diiktiraf oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Sebanyak 25 program kemahiran telah ditawarkan di 4 buah SMPKV seluruh negara, antaranya seperti Desktop Publishing (Penerbitan Meja), Penyelenggaraan Motosikal, Jahitan Pakaian Lelaki Wanita dan Jahitan Kreatif, Pembuatan Pastri, Pembuatan Roti, dan Operasi Pengeluaran Batik.

Adik Nurin Alya jadi inspirasi, berjaya menjadi Ikon Insan Madani

KPM

Kredit Foto: Facebook Rinleed Batik

Nurin Alya binti Halid adalah bekas murid SMPKV Shah Alam yang mengikuti bidang Operasi Pengeluaran Batik pada tahun 2016 hingga 2017. Beliau telah menyambung pelajaran di Politeknik Sultan Ibrahim dalam bidang Rekaan Fesyen mulai 2018 hingga 2020.

KPM

Kredit foto: Facebook Rinleed Batik

Setelah tamat belajar, Nurin telah memulakan perniagaan sendiri iaitu Rinleed Batik di Johor. Tahun lalu, Nurin telah dinobatkan sebagai Ikon Insan Madani sempena Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat! Satu kejayaan yang sangat membanggakan!

MENARIK:  [VIDEO] Ruhainies Menangis, Tak Tahu Macam Mana Nak Pujuk Bella Astillah – ‘Saya Nak Lupakan Sengketa Yang Ada’

KPM beri perhatian serius terhadap kepakaran pegawai bidang khusus Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) & guru yang mengajar MBPK.

KPM

Kredit Foto: Wilayahku.com

MBPK memperoleh perkhidmatan saringan, intervensi, rehabilitasi dan konsultasi melalui kepakaran pegawai bidang khusus di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK). Kepakaran pegawai ini meliputi bidang berikut: 

  • Audiologi
  • Terapi Cara Kerja
  • Terapi Pertuturan-Bahasa
  • Psikologi
  • Psikologi Klinikal
  • Fisioterapi
  • Pegawai Intervensi

Semua pegawai bidang khusus tersebut akan terus mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka mengikut bidang masing-masing bagi memastikan mereka memperoleh ilmu dan kemahiran yang terkini.

KPM menyediakan pendidikan percuma kepada MBPK bagi memastikan ekuiti dan akses pendidikan untuk MBPK tidak dinafikan.

Dalam pada itu, pendidikan percuma ini membantu meringankan kos pendidikan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa/penjaga.

Pihak industri juga diharap untuk turut bersama-sama dalam menyahut seruan Kerajaan dengan memberi peluang kepada MBPK dalam bidang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang mereka perolehi.

#HariGuru2024
#GuruJauhariDigitalAspirasiNegaraMADANI
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#terimakasihcikgu

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular