Penerbit Dakwa Ada Pihak Cuba Sabotaj Filem Saazish – ‘Saya Harap Pihak Bertanggungjawab Tolonglah Peka’

Shopee Sale


Penerbit filem, S Baldev Singh mendakwa filem Punjabi tempatan pertama terbitannya berjudul Saazish ‘disabotaj’ berikutan jadual penayangan bertembung dengan satu filem import Punjabi.

‘Saya mensyaki ada pihak cuba sabotaj’

S Baldev akui terkejut apabila mendapat tahu bahawa terdapat satu filem import Punjabi dibawa masuk dan ditayangkan sehari selepas filem Saazish terbitan syarikat, Sri Saheb Production Sdn Bhd menemui penonton di pawagam.

Malah jika mengikut Syarat Wajib Tayang (SWT), filem Saazish yang dijangka ditayangkan bermula 4 Julai (esok) sepatutnya tidak bersaing dengan mana-mana filem Punjabi lain.

Mengikut data FINAS sepatutnya hanya satu filem Punjabi, tahun ini. Saya terkejut bila dapat satu filem import Punjabi dibawa masuk untuk tayangan pada saat akhir, minggu lalu.

Setiap slot tayangan filem perlu ada perancangan, bukan boleh masuk pada saat akhir, lebih lagi, tempoh kurang seminggu sebelum ditayangkan di pawagam.

Bila buat semakan, tarikh tayangan filem berkenaan pada 28 Jun lalu di seluruh dunia, tetapi atas sebab tertentu tayangan di Malaysia ditunda kepada Jumaat iaitu sehari selepas filem Saazish ditayangkan.

Dalam pada itu, S Baldev berkata pihak FINAS sedang cuba untuk menyelesaikan isu ini, tetapi belum ada sebarang jalan.

Namun, saya mensyaki ada pihak cuba sabotaj dengan membawa masuk filem import Punjabi ini.

Enggan tunding jari

S Baldev berkata, nasib yang menimpa filem Saazish seolah-olah membuktikan karya tempatan tidak dilindungi dan tiada pembelaan sewajarnya.

Persoalannya, siapa patut lindungi karya tempatan? Saya tak mahu menuding jari kepada sesiapa. Cuma, saya kecewa kepercayaan pelabur kepada pembikin filem di Malaysia makin terhakis. Pelabur gusar mahu melabur pembikinan filem seterusnya.

Mulanya ada pelabur berminat menghasilkan satu lagi filem Punjabi pada Oktober depan. Namun, mereka jadi takut melihat situasi yang berlaku. Niat saya menghasilkan filem kerana mahu wujudkan industri filem Punjabi tempatan dan beri peluang kepada pekerja di balik tabir, tapi begini pula jadinya.

Saya memang patah semangat sebab mahu merealisasikan sesebuah filem bukan ambil masa sebulan dua, tetapi lebih setahun barulah berjaya hasilkan naskhah ini.

Saya tiada kuasa, jadi suka atau tidak filem Saazish terpaksa juga ditayangkan kerana sudah mendapat kelulusan Syarat Wajib Tayang dan segala perancangan pemasaran sudah dilakukan, jadi saya terpaksa akur.

Bagaimanapun, S Baldev berharap tidak akan ada naskhah lain yang menimpa nasib sama seperti filem Saazish.

Saya harap pihak yang bertanggungjawab tolonglah peka terhadap isu ini. Jika isu sama berlarutan bagaimana industri perfileman tempatan mahu bergerak ke hadapan.

Bayangkan filem import menggunakan bahasa sama boleh ditayangkan serentak dengan karya tempatan.

Saya tiada pilihan kerana semua bahan publisiti sudah diedarkan. Memang saya tak boleh tarik balik tarikh tayangan walaupun ada kerugian yang bakal ditanggung.

Saazish membawa maksud konspirasi bergenre aksi dibintangi Kulbeer Singh, Avinder Singh, Amaan Singh Virk, Navinder Kaur, Paul Masih, Balvinder Kaur, Harcharan Singh, Prince Han dan Chanchel Singh serta penampilan istimewa, Datuk Adi Putra.

MENARIK:  Awie Teruja Bakal Timang Anak Ketujuh – ‘Saya Perlu Pulang Ke Ibu Kota Sebelum Isteri Masuk Bilik Pembedahan’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular