Penulis Lirik Slen Fadzil Sukar Cari ‘Kecacatan’ Persembahan Aina Abdul Bersama MPO – ‘Seorang Penghibur Negara Dalam Ciptaan’

Shopee Sale


Aina Abdul

Lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik, penulis lirik Slen Fadzil menyifatkan kehadiran penyanyi dan komposer Aina Abdul sebagai sebutir bintang istimewa.

‘Bintang istimewa’

Aina Abdul

Menerusi hantaran di Instagram, Slen berkata Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, bukan sahaja memiliki kehebatan vokal yang mantap, namun berkebolehan mencipta lagu baik dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris.

Selama lebih tiga dekad berjuang dalam dunia hiburan, saya telah melihat banyak bintang datang dan pergi.

Malaysia akhirnya telah dianugerahkan sebutir bintang yang sangat istimewa, seorang penghibur negara dalam ciptaan yang bukan saja mampu menyanyi dengan cukup hebat tetapi juga seorang komposer serta penulis lirik berkaliber.

Dia juga mampu mendendangkan lagu Inggeris, mencipta lagu dalam bahasa berkenaan serta berkomunikasi di depan kamera dan pentas dengan lancar bersahaja.

Slen berkongsi nukilannnya itu selepas dia menghadiri konsert berprestij Aina Abdul bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya, Slen berkata dia sukar mencari ‘kecacatan’ pada persembahan Aina sepanjang konsert berlangsung.

Saya sekali lagi telah terpana dengan kehebatan Aina menyanyi bersama 65 Pemuzik MPO di DFP.

Segala-galanya sampai ke lubuk hati hingga sukar mencari kecacatannya. Dia merendah diri serta ikhlas itu juga amat penting sebagai manusia. Itulah Aina Abdul.

Dalam pada itu, Slen turut memuji gaya fesyen ekstravaganza yang sering digayakan Aina setiap kali tampil di atas pentas.

Sambil itu, dia turut mengangkat seni fesyen ke suatu level tersendiri dengan mementingkan, workmanship, detailing bersama metafora.

Sekadar info, antara lirik ciptaan Slen adalah Lembah Asmara (Ziana Zain), Riwayat Cinta (Misha Omar), Kembalikan Indah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan banyak kali.

MENARIK:  [VIDEO] Zaquan Adha Buat Laporan Polis, Dakwa Rita Rudaini Keluar Kenyataan Berunsur Fitnah

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular