Penyanyi Lagu ‘Drunk Text’ Bakal Datang Malaysia Mei Ini! Buat Persembahan Percuma Untuk Peminat

Shopee Sale


Henry Moodie

Penyanyi antarabangsa, Henry Moodie mengumumkan berita gembira buat peminatnya apabila dia dikhabarkan akan datang ke Malaysia pada 5 Mei depan.

‘Free show!’

Henry Moodie

Menerusi hantaran di TikTok, Henry berkata dia bakal membuat persembahan secara percuma di pusat beli belah TRX jam 5 petang pada tarikh tersebut.

Hi peminat Malaysia. Saya akan buat persembahan secara percuma di TRX, Kuala Lumpur jam 5 petang pada 5 Mei ini.

Anda tidak perlu sebarang tiket pun, ia hanya persembahan percuma dan jangan lupa untuk datang di lokasi tersebut.

Dalam hantaran sama, penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Drunk Text’ itu akui teruja untuk berjumpa dengan peminat dari Malaysia.

Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dan kata-kata murni dari anda semua.

Akhirnya saya dapat berjumpa dengan anda (peminat Malaysia) secara berdepan.

Sementara itu, rata-rata peminat yang singgah ke ruangan balas berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan penyanyi berusia 20 tahun itu.

Terdahulu, Henry meluahkan rasa syukur apabila lagu ‘Drunk Text’ menerima sambutan hebat daripada peminat tanah air dan berjaya menduduki tangga pertama di platform penstriman Spotify untuk beberapa minggu.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Ya, Saya Berlaku Curang’ – Aliff Aziz ‘Makan Luar’ Sebab Jiwa Rasa Kosong

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular