‘Perceraian Tak Semestinya Bawa Bencana, Kadang Bawa Kebahagiaan’ – Rosyam Nor

Shopee Sale


Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor berkongsi pendapat peribadinya mengenai isu perceraian yang berlaku dalam kalangan selebriti tempatan sejak kebelakangan ini.

Ini urusan Tuhan

Menerusi temu bual bersama , Rosyam berkata, setiap perceriaan itu tidak semestinya membawa kepada bencana. 

Bagi saya sesetengah perceraian ada juga yang membawa kepada kebahagian. Sebab bercerai ini bukan urusan kita. Ini urusan Tuhan dan siapa kita nak cakap dan tentukan mengenai perkara ini.

Tambah Rosyam, apa yang sedang berlaku pada masa ini boleh dikatakan sebagai ujian buat mereka yang melaluinya.

Ketika ini Tuhan nak duga kita (artis) semua bercerai. Jodoh pertemuan kita semua ketentuan Tuhan.

Rosyam yang ditemui di lokasi penggambaran ‘Susuk Bidadari’ arahan Faizal Nadxaman (Jai Ho) turut mengakui bahawa dia mempunyai perasaan takut apabila berbicara soal tersebut.

Saya ni pun takut sekiranya usia sebegini diuji. Saya dan isteri dah 38 tahun bina rumah tangga. Bahkan kami dah ada cucu.

Sekadar info, Rosyam dan Datin Runika Mohd Yusof telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1989. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang anak perempuan.

Terdahulu, beberapa pasangan selebriti mengumumkan berita perceraian mereka di media sosial. Terbaru, penyanyi Kaka Azraff didakwa sudah sah bercerai dengan suaminya iaitu Adam Azriff di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pagi tadi. Bukan itu sahaja, aktres Diana Danielle membuat pendedahan mengejutkan apabila mengumumkan akan bercerai dengan suaminya, Farid Kamil.

MENARIK:  Bahaya Pengkritik Filem Berbayar Terhadap Industri Perfileman - Ahmad Idham

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular