Persefahaman Kelab Peminat Ernie Zakri untuk Memakai Baju Berona Merah & Hitam sebagai ‘Dresscode’ di #AJL38

Shopee Sale


Ernie Zakri

Bahang acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) kian terasa. Pastinya peminat dan penyokong 12 finalis yang bertanding tidak sabar untuk melihat penyanyi kesayangan mereka menggegarkan Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 3 Mac ini.

Merah hitam!

Ernie Zakri

Pelbagai persiapan dan stratergi dilakukan oleh kelab peminat 12 finalis tersebut untuk memberikan sokongan yang jitu. Termasuk kelab peminat Ernie Zakri yang dikenali sebagai Ernienators.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ernienators telah sepakat untuk mengenakan baju berona merah dan hitam sebagai warna tema pakaian mereka pada malam AJL 38.

#TeamAstana, kepada semua Ernienators yang datang pada malam AJL 38, anda diminta untuk mengenakan pakaian apa sahaja yang berwarna hitam dan merah. Jumpa di sana.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat tidak sabar untuk melihat Ernie mempersembahkan lagu Astana pada malam kemuncak AJL 38.

Selain itu, kalangan peminat turut mendoakan penyanyi berusia 32 tahun itu dapat melakukan persembahan yang terbaik dan membawa pulang trofi.

Sebelum ini, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, berkata dia akan memberikan kejutan kepada penonton. Kejutan yang dimaksudkannya adalah pengubahsuaian dari sudut susunan muzik dan vokal.

MENARIK:  Angeline Tan Nafi Sedang Hamil, Sabri Yunus Geli Hati Baca Berita Tular – ‘Fitnah Paling Kelakar’

Lagu Astana merupakan ciptaan Ernie bersama tiga komposer lain iaitu Syamel, Omar K dan  Azeman Shazriq.

AJL 38 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil dan saluran TV 3, jam 9 malam, pada 3 Mac ini.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular