Pesara Guru, Azman Beranikan Diri Sertai Uji Bakat OIAM Di Usia 61 Tahun – ‘Jika Menang RM1 Juta, Saya Nak Bawa Keluarga Ke Tanah Suci’

Shopee Sale


Meskipun sudah berusia 61 tahun, itu tidak menjadi penghalang buat pesara guru yang dikenali sebagai Azman Ali untuk menyertai uji bakat program realiti nyanyian ikonik, One In A Million (OIAM).

Usia sekadar angka

Usaha Azman itu membuahkan hasil apabila berjaya melayakkan diri di kedua-dua peringkat uji bakat terbuka di Karnival Jom Heboh BABA’S Johor Bahru pada Sabtu.

Jelas Azman, meskipun usianya sudah melebihi separuh abad dia tetap bersemangat untuk mencuba nasib dengan adanya semangat yang diberikan ahli keluarga.

Idola saya semestinya Mustar yang merupakan juara dalam satu pertandingan menyanyi di salah satu  program televisyen. Itu kalau yang orang lama, sebab saya pun orang lama juga.

Manakala, kalau yang artis baharu, saya meminati Syamel. Suara dia memang lain dan unik kalau bagi saya.

Walaupun saya dah meningkat umur tapi mereka (keluarga) tetap ada di belakang saya dan beri semangat untuk teruskan ke peringkat-peringkat seterusnya.

Jika menang RM1 juta…

Sementara itu, pesara cikgu ini meluahkan hasrat untuk membawa ahli keluarganya ke Tanah Suci Makkah sekiranya dinobatkan sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM 1 juta.

Jika RM1 juta itu menjadi milik saya, saya akan membawa seluruh ahli keluarga saya untuk menjelajah ke seluruh pelosok dunia.

Di samping itu, saya juga ingin membawa mereka ke Makkah untuk menunaikan ibadah dan merasai pengalaman yang begitu bermakna di sana.

Sekadar info, selepas hampir 15 tahun, OIAM kini kembali untuk musim baharu dengan sesi uji bakat mencari bintang baru diadakan di Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2024, bermulai semalam dan juga hari ini.

MENARIK:  Restoran Chopstick Asia Siap Sedia Makanan Cina Halal, Akan Dapat Sijil JAKIM Segera

Bertempat di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall, sesi uji bakat OIAM bermula pada jam 9 pagi hingga 8 malam dengan guru vokal terkenal, Cikgu Sarah Ismail dan komposer, AG Coco sebagai juri.

Selepas Johor Bahru, uji bakat bersemuka OIAM akan diteruskan lagi di lima lokasi seluruh Malaysia iaitu di Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur, iaitu pada setiap hujung minggu antara 9 hingga 17 November ini. Lokasi uji bakat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Namun begitu, buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menyertai uji bakat secara bersemuka boleh sertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Apa yang ada perlu buat hanyalah memuat naik video nyanyian anda berdurasi satu minit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular