Pencipta kandungan yang juga merupakan CEO Good Foodie Media, Pinn Yang mengakui menerima banyak mesej dan e-mel yang meminta bantuan kewangan daripadanya.
Pinn Yang cadang nak buka yayasan?
Ketika ditemui di majlis sidang media TikTok Awards 2024, Pinn Yang bercadang mahu membuka yayasan sendiri supaya boleh membantu lebih ramai insan yang memerlukan.
Ada yang mesej saya minta bantuan seperti nak beli susu anak, untuk pendidikan dan sebagainya. Saya bagi je bantuan tapi tak dinafikan, ada juga segelintir individu yang mengambil kesempatan dengan menggunakan beberapa nombor telefon berbeza.
Tambah Pinn Yang atau nama sebenarnya Nicholas Lim, selain menerima e-mel, dia turut dilimpahi mesej di akaun TikToknya. Namun akui tidak mampu menghulurkan bantuan kepada setiap orang kerana jumlahnya yang terlalu ramai.
Jadi saya rasa mungkin saya boleh buat yayasan untuk tolong orang, biar organisasi atau komuniti yang bagi bantuan tu. Saya memang tak boleh tolong semua orang, terlalu banyak.
Saya kena naikkan bisnes saya lagi, bila dapat keuntungan saya boleh berkongsi dengan ramai orang.
Pinn Yang yang berusia 31 tahun ini merupakan CEO kepada rangkaian Good Foodie Media yang meliputi semua jenama platform foodie iaitu Penang Foodie, KL Foodie, Johor Foodie, Halal Foodie. Mereka juga telah kembangkan sayap ke Jakarta dan Bangkok.
Untuk info, Pinn Yang tercalon dalam kategori TikTok Shop Creator of the Year di TikTok Awards 2024 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 11 Ogos ini.
Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).
Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli DI SINI.