‘Pok Cik Colek Bismillah’ Meninggal Dunia

Shopee Sale


Peniaga buah potong yang sering tular di media sosial, ‘Pok Cik Colek Bismillah’ atau nama sebenarnya Jihad Husin dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada Rabu.

Al-Fatihah

" data-video-id="7457375903564205320">
@colekbismillahhqAssalamualaikum semua, mohon sedekahkan Al Fatihah kepada ayah ambo , Pok Cik Bismillah yang telah pergi ke Rahmatullah 8.35 pagi tadi Al Fatihah? original sound – COLEK BISMILLAH.HQ

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @colekbismillahhq.

Menerusi hantaran yang dibuat, anak kepada arwah memohon orang ramai untuk sedekah al-fatihah kepada Allahyarham bapanya yang dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi.

Assalamualaikum semua, mohon sedekahkan al-Fatihah kepada ayah saya, Pok Cik Bismillah yang telah pulang ke rahmatullah 8.35 pagi tadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmat.

MENARIK:  Tahun ini, Siti Nurhaliza Sambut Ulang Tahun dengan Penuh Keriangan

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular