‘Poligami Bukan Untuk Semua Wanita’ – Ezlynn Reda Suami Kahwin Dengan Seorang Doktor Berusia 26 Tahun

Shopee Sale


Penyanyi Ezlynn mendedahkan dia kini menjalani kehidupan bermadu selepas suaminya, Wan Mohd Hafizam berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun pada Mac tahun lalu.

Artikel berkaitan: Kerap Temui ‘Pasir’ Misteri Dalam Rumah, Ezlynn Dedah Pernah Disantau… Ini Pesan Ustaz

Artikel berkaitan: ‘Rumah Itu Rumah Saya, Dia Masih Isteri Saya’ – Suami Ezlynn Sangkal Dakwaan Rompak Rumah Sendiri

Tukar status isteri pertama

Memetik laporan Harian Metro, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin bertukar status kepada isteri pertama memandangkan suaminya telah menceraikan dua isteri terdahulu.

Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.

Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.

Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini.

Saham akhirat

Menurut pelantun lagu Hi Hi Bye Bye ini, dia terbuka dengan kehidupan berpoligami untuk mencari saham akhirat buat dirinya.

Malah, kariernya yang perlu bekerja di luar membuatkan dia lebih tenang apabila kebajikan suaminya terjaga.

Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi travel lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.

Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.

Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik.

Poligami bukan untuk semua wanita

Sebelum ini, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya iaitu Adam Fahmy pada 20 November 2011, namun bercerai pada 23 Oktober 2017.

MENARIK:  Wanita Ketahuan Berselingkuh, Rela Menjulurkan Diri di Balik Dinding Bilik Mandi

Kongsinya, selepas empat tahun solo, dia tersentuh apabila mendengar ceramah agama tentang kehidupan bermadu.

Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.

Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.

Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.

Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai.

Untuk rekod, Ezlynn dan Wan Mohd Hafizam mendirikan rumah tangga pada 11 November 2021.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular