Polis Sahkan IG Muhammad Imran Suresh Palsu!

Shopee Sale


Muhammad Imran Suresh

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesahkan akaun Instagram (IG) atas nama Muhammad Imran Suresh adalah palsu.

Akaun palsu

Muhammad Imran Suresh

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, individu berkenaan dilihat cuba mencetuskan persepsi negatif berhubung kejadian simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Shuhaily berkata, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pengendali atau pemilik pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.

Kita akan memantau semua akaun-akaun ini dengan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kita tidak boleh memberi ruang kecil untuk mereka ini ambil kesempatan untuk merosakkan keadaan.

Tambah Shuhaily, sehingga kini tiada laporan diterima pihaknya terhadap mana-mana akaun media sosial yang membuat spekulasi. Namun sekiranya ada, pihaknya akan bertindak membuat siasatan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara mengesahkan pemilik IG dikenali Muhammad Imran Suresh sedang dikenal pasti PDRM berhubung kenyataan dikeluarkannya mengenai kejadian simbah asid terhadap Faisal Halim.

MENARIK:  [VIDEO] Ina Naim Terkenang Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad – ‘Selama Ini Yang Menjaga Kalian Bukan Saya, Tapi Allah’

Beliau berkata, individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa penyerang pasukan Harimau Malaya itu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular