Polis Sahkan Selebriti Lelaki Sudah Lapan Tahun Positif Menagih Ganja

Shopee Sale


Selebriti lelaki yang ditahan di sebuah rumah teres di Cyberjaya bersama dua peket lutsinar disyaki ganja difahamkan sudah lapan tahun menagih.

Lapan tahun menagih

Menurut Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, soal siasat ke atas lelaki terbabit mendapati dia terbabit dalam penagihan dadah sejak lapan tahun lalu.

Serbuan dijalankan di rumah teres itu yang juga kediaman didudukinya. Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Tambah Norhizam, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bekas peserta rancangan realiti televisyen itu direman lima hari bermula semalam.

Terdahulu, media melaporkan selebriti lelaki ditahan di sebuah rumah teres bersama dua peket lutsinar disyaki ganja.

Dia ditahan selepas sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Jenayah IPD Sepang membuat serbuan pada jam 3.10 petang dan menahan suspek berusia 41 tahun itu.

Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.

MENARIK:  SZBLOOMS Anjur Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka, Hias Meja Gaya Eksklusif Ala Che Ta!

Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular