Power Ambil Gambar? Sertai Pertandingan Fotografi HUAWEI & Menang Hadiah Serta Wang Tunai Sehingga USD100K!

Shopee Sale


Ketika ini, ramai orang menggunakan telefon pintar untuk mengambil gambar. Jika korang memiliki hobi, bakat atau minat dalam fotografi, apa kata korang serlahkan bakat korang itu.

Bukan setakat dapat serlahkan bakat tetapi korang pun boleh menang hadiah serta terima penghargaan. Eh, macam mana pula tu?

Anugerah HUAWEI XMAGE kembali

HUAWEI kini menganjurkan kembali Anugerah HUAWEI XMAGE, sebuah pertandingan fotografi meraikan kreativiti dan inspirasi menerusi karya-karya hebat menggunakan peranti HUAWEI.

Untuk pengetahuan korang, Anugerah XMAGE berfungsi sebagai platform HUAWEI untuk mempamerkan kecemerlangan fotografi telefon pintar, meraikan foto menakjubkan yang ditangkap pada peranti HUAWEI dari seluruh dunia.

Pertandingan ini terbuka kepada peserta dari Malaysia dan seluruh dunia di mana menawarkan peluang unik untuk mendapatkan pengiktirafan hasil kerja anda di peringkat global.

Bagi tahun ini, kategori baharu dan menarik telah direka untuk meraikan kepentingan artistik dan ekspresi estetik dalam fotografi telefon pintar.

Ketahui kategori yang ditawarkan dalam HUAWEI XMAGE

Korang yang mahu menyertai pertandingan ini, korang boleh fokus untuk masuk dalam kategori yang ditawarkan. Terdapat 4 kategori yang diketengahkan. Jom ketahui lanjut!

1. Moments: Tangkap setiap sorotan dalam sekelip mata

Gambar oleh Abeden Mung

Tangkap momen yang indah, unik atau tindakan spontan yang berlaku dalam kehidupan seharian.

2. Faces: Bingkai emosi anda melalui kanta

Gambar oleh Bibo Aswan

Ekspresikan emosi melalui kanta kamera di mana gambar akan berbicara tentang perasaan korang.

3. So Far So Close: Besarkan keajaiban kecil dan rapatkan kaki langit

Gambar oleh Sanjit

Walaupun jauh atau kecil, korang boleh ambil gambar close-up dan mempamerkan keindahannya.

4. Style: XMAGE Vivid, Bright, Mono, and Original

Gambar oleh Zarnizar

Korang boleh mempersembahkan karya dalam gaya vivid, terang, monokrom atau tidak disunting.

Pelbagai hadiah menarik untuk korang menangi!

Sudah tahu kategori, mestilah korang nak tahu hadiah apa boleh dimenangi, bukan? Ok, menarik tau hadiah yang ditawarkan bagi pertandingan kali ini.

Hadiah Utama: HUAWEI Pura 70 Ultra (bernilai sehingga RM6,599) + Piala (1)
Hadiah Naib Johan Pertama: HUAWEI Pura 70 Pro (bernilai sehingga RM4,899) + Trofi (3)
Hadiah Tempat Kedua: HUAWEI FreeClip (bernilai sehingga RM899) + Trofi (10)
Hadiah Saguhati: HUAWEI WATCH FIT 3 (bernilai sehingga RM699) + Trofi (20)

MENARIK:  Netizen Cemburu Afifah Nasir Dapat Suami Yang Pandai Menyayangi, Siap Minta Kongsi Tips!

Lihat cara untuk korang sertai pertandingan ini.

Mesti korang nak tahu cara nak menang hadiah tersebut, bukan? Mudah je, korang hanya perlu ikuti 5 langkah mudah ini.

Langkah 1:  Follow Facebook atau Instagram @huaweimobilemy dan @official
Langkah 2: Tangkap gambar dengan mana-mana telefon pintar HUAWEI
Langkah 3: Muat naik gambar tersebut ke Facebook atau Instagram korang dan pastikan ia mengandungi watermark HUAWEI serta gambar tersebut mestilah berkaitan dengan kategori (Moments, Faces, So Far So Close, Style)
Langkah 4: Pastikan akaun profil korang dalam keadaan publik
Langkah 5: Pastikan korang tag @huaweimobilemy beserta hashtag #ThePowerfulMomentsMY, #HUAWEIXMAGE, dan #MyHUAWEITraits dalam kapsyen korang

Jangan terlepas sertai pertandingan ini!

Korang yang mahu serlahkan kreativiti, jangan terlepas untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh HUAWEI ini. Kalau terlepas nanti rugi.

Untuk pengetahuan korang, juri pada tahun ini adalah Abeden Mung, Bibo Aswan, Nini Yusof, dan Li Changzhu. Para juri akan memberikan pendapat mereka dalam memilih ekspresi gambar menarik yang memiliki cerita tersendiri.

Sebelum terlupa, korang wajib memiliki HUAWEI ID yang berdaftar untuk menyertai Anugerah HUAWEI XMAGE 2024 dan karya perlu diambil dengan telefon pintar HUAWEI serta perlu dimuat naik ke laman web rasmi HUAWEI atau Komuniti HUAWEI.

Penyertaan ditutup pada 31 Julai 2024 dan korang boleh mendaftar untuk pertandingan HUAWEI XMAGE Awards 2024 Malaysia: The Powerful Moments di sini.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular