PU Abu & Hana Azraa Timang Cahaya Mata Kedua, Bukti Rumah Tangga Dalam Keadaan Baik

Shopee Sale


PU Abu & Hana Azraa

Isteri kepada pendakwah sensasi, PU Abu Sufyan iaitu Hana Azraa berkongsi berita gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua.

Timang anak kedua

PU Abu & Hana Azraa

Menurut Hana, dia dan suami meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang lagi cahaya mata dalam keluarga mereka.

Bagaimanapun mereka memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkara tersebut, namun mengharapkan doa yang baik daripada orang ramai.

Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua kami. Maaf, saya tak nak terlalu kongsi sangat mengenai perkara itu.

Apa yang saya katakan, saya cuma mengharapkan doa yang baik-baik saja untuk keluarga kecil saya.

Berita gembira itu sekali gus menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangga mereka sedang bergoyang.

Terdahulu, Hana menerusi hantaran di Instagram Story memuat naik foto memperlihatkan PU Abu sedang mencium bayi mereka beserta kapsyen “terima kasih atas segalanya. Jaga diri, kita jumpa raya nanti okay”.

Pada Oktober tahun lalu, rumah tangga Abu Sufyan dengan dua isterinya iaitu Ain Afini dan Hana Azraa dipercayai bakal berakhir.

Malah Abu Sufyan pernah mengesahkan dia dan dua isterinya bakal membawa haluan masing-masing.

MENARIK:  Adik Melly Goeslaw Meninggal Dunia

Untuk rekod, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia empat tahun manakala Hana juga mempunyai anak perempuan Afifah Aisyah, 8, hasil perkahwinan terdahulu.

PU Abu juga mempunyai tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Ain Afini.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular