PU Riz Dilantik Jadi Duta Wakaf Masjid Al-Makmuriah Kelantan – ‘Sasaran Program Ini Memang Golongan Anak Muda’

Shopee Sale


pu riz

Pendakwah bebas yang juga pelakon, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan.

Bantu cari dana

Riz (tiga dari kanan) pada majlis menandatangani pelantikan sebagai duta wakaf program wakaf Masjid Al-Makmuriah.

Menurut PU Riz, 29,  pelantikannya bagi membantu program itu untuk mengumpul dana bagi tujuan membiayai pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.

Saya terima pelawaan ini pertama, ia adalah masjid persendirian yang tidak dinaungi mana-mana pihak kecuali orang masjid sendiri serta bantuan pun diterima oleh orang ramai.

Komitmen saya lebih pada membantu pihak masjid mencari dana dan sedekah bagi beberapa tujuan seperti pembelian tanah, pembangunan infrasruktur dan membaik pulih rumah asnaf.

Selain itu, pihak masjid akan menjalankan beberapa program sepanjang enam bulan ke depan ini. Jadi, saya mengharapkan orang ramai terutama pengikut saya di media sosial untuk bersama-sama menyumbang seikhlasnya.

Tambahnya, majlis menandatangani pelantikan itu dibuat di masjid itu pada 6 Julai lalu.

Nak ‘tarik’ anak muda

pu riz duta

Dalam pada itu, suami kepada usahawan terkenal, Neelofa menyatakan program Kuliah Maghrib Perdana ‘Generasi Z Cinta Masjid’ telah diadakan dan dihadiri lebih 300 penduduk kampung.

Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, pemilihan dirinya juga dibuat kerana rencana ini mensasarkan kepada golongan anak muda

Alhamdulillah, sasaran program ini memang dalam kalangan golongan muda. Malah, itu juga antara sebab kenapa saya dipilih menjadi duta wakaf ini oleh pihak masjid.

Semoga kerjasama kami dapat menggerakkan lagi golongan muda untuk terbabit sama dalam program yang bakal diadakan selepas ini.

Paling penting juga, semoga segala apa yang dirancang pihak masjid dari segi pembangunan dan membantu golongan asnaf dapat dilaksanakan dan dipermudahkan Allah SWT.

MENARIK:  Lagu 'Drunk Text' Mendapat Pujian Daripada Henry Moodie, Muncul Di Tangga Ke-2 Spotify!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular