Puteri Balqis Memperoleh Loghat British Melalui Youtube Berkat Kebelakangan Ibu Membelinya Banyak Buku Bahasa Inggeris

Shopee Sale


Pelakon Puteri Balqis akui tidak tahu kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris menjadi buah mulut netizen di media sosial.

Berbahasa Inggeris bukan bererti bongkak

Walau bagaimanapun, Puteri Balqis binti Azizi atau lebih mesra dengan panggilan Aqish berkata, dia tidak merasakan bertutur dalam bahasa Inggeris bermaksud untuk membangga diri atau bongkak sebaliknya ianya adalah satu proses pendidikan.

Pendidikan sangat penting, kebanyakan pekerjaan memerlukan seseorang itu bercakap bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Aqish meluahkan rasa berterima kasih kepada ibunya, Norashikin Mohd Aziz kerana telah memberikan pendidikan yang terbaik buat dirinya sejak dari kecil lagi.

Waktu kecil bahasa Inggeris biasa saja cuma bila tengok YouTube daripada situ saya belajar. Ibu saya pula rajin beli buku di kedai serbaneka dan dia akan menyenaraikan setiap perkataan mengikut huruf. Sampaikan dia bagi saya conteng di dinding dalam bahasa Inggeris.

Bercerita dengan lebih lanjut, Aqish memberitahu bahawa dia akan belajar perkara yang sama berulang kali sehingga dia benar-benar memahami sesuatu topik itu. Meskipun perkara itu agak sukar, tetapi ianya sangat berbaloi malah Aqish akui sehingga kini, dia masih dalam proses belajar menguasai bahasa perantara dunia itu.

Apabila ditanya mengenai karier sekiranya ditawarkan berlakon di luar negara, Aqish berkata dia tidak menolak peluang tersebut namun dalam masa yang sama, tidak akan melupakan asal usulnya.

Saya nak habiskan tugas saya dalam Malaysia dulu. InsyaAllah kalau ada tawaran insyaAllah saya ambil. Tapi saya takkan lupa dari mana saya datang.

Sekadar info, Aqish merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama terbitan Viu Malaysia iaitu Terlanjur Cinta. Turut bergandingan bersama Aqish adalah Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Umie Aida, Khir Rahman dan Syafi Tee.

MENARIK:  ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular