Puteri Khareeza Bertemu Suami Melalui Aplikasi TikTok – ‘Dia Matang & Siap untuk Berkahwin’

Shopee Sale


Penyanyi dan pelakon Puteri Khareeza selamat melangsungkan majlis perkahwinan dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan, Mohd Shukor Kamaruddin.

Kenal di TikTok

Menerusi laporan Harian Metro, Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, memberitahu mereka berkenalan sejak empat bulan yang lalu.

Alhamdulillah majlis akad nikah berjalan dengan lancar dan mengikut seperti yang dirancang. Kami selamat diijabkabulkan kira-kira jam 5 petang semalam dan majlis resepsi diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.

Bagaimanapun majlis ini hanya dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat saja.

Pada majlis pernikahan itu, Puteri menerima mas kahwin sebanyak RM1,704.98 yang juga simbolik tarikh ulang tahun kelahirannya serta tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalannya dengan suami, Puteri berkata, mereka berkenalan menerusi aplikasi TikTok pada bulan Oktober lalu. Sifat peribadi yang matang dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga menjadi penyebab mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin.

Perkenalan kami agak lucu apabila Shukor ‘masuk’ dalam siaran langsung saya di TikTok. Kemudian kami berkenalan di ruangan mesej peribadi.

Saya pernah berada pada fasa hubungan yang agak lama tapi tidak menjadi. Jadi apabila dipertemukan dengan insan yang matang dan bersedia untuk berkahwin, saya yakin inilah waktu terbaik.

Kami tidak mengadakan majlis pertunangan pun, sebaliknya hanya majlis merisik untuk menentukan tarikh perkahwinan.

Tambah Puteri, dia tidak berniat untuk merahsiakan hubungannya dengan Shukor sebaliknya memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

Bagi saya media sosial bukan platform untuk berkongsi perihal cinta. Saya lebih selesa kehidupan peribadi saya hanya diketahui orang terdekat saja.

Kalau boleh saya memang nak adakan majlis pernikahan ini secara tertutup, tapi apabila dah jemput rakan-rakan dan saudara-mara saya tak boleh nak mengawalnya.

Tapi saya okey saja untuk berkongsi status saya sekarang dan bersyukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

MENARIK:  ‘Doakan Yang Baik’ – Pempengaruh Islamik Disyaki Seleweng Derma Kekal Tenang, Mohon Doa Orang Ramai

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular