Puteri Sarah Dakwa Ada Pihak Cuba Porak-Perandakan Keluarga – ‘Fitnah Macam-Macam’

Shopee Sale


Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa ada pihak yang sedang mencuba untuk merosakkan hubungan keluarganya.

Dakwaan Puteri Sarah

Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 39,  memuat naik tentang perkara tersebut menerusi Instagram Story pada Ahad.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini, pihak tersebut didakwa telah melemparkan fitnah dipercayai untuk menjejaskan hubungannya bersama keluarga bekas suami, Syamsul Yusof.

Mama, papa, rasanya ada manusia nak porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah macam-macam.

Nak melagakan satu keluarga pula.

Walau bagaimanapun, Puteri Sarah tidak mendedahkan dengan terperinci mengenai pihak berkenaan.

Perkongsian Datin Patimah

Dalam pada itu, tinjauan mendapati, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail turut mengulang siar hantaran tersebut serta menitipkan doa untuk Puteri Sarah.

Tabahkan diri menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

MENARIK:  Neelofa Mencipta Sensasi, Minta Pendapat Netizen Menang Di #AJL38

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular