Puteri Sarah Tak Keterlaluan Guna Isu Peribadi Sebagai Bahan Lawak – ‘Saya Juga Dah Maklumkan Pada Ibu Mentua’

Shopee Sale


Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah menganggap kisah rumah tangga bersama bekas suami, Syamsul Yusof yang digunakan sebagai kandungan komedi untuk program Muzikal Lawak Superstar (MLS) yang disertainya tidak berlebihan.

‘Tak berlebihan’

Puteri Sarah

Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 39, percaya penonton juga memahami lawak yang dipersembahkan sekadar jenaka semata-mata.

Selalunya, kami (kumpulan Gebu) akan berlatih dan rasanya tak keterlaluan sangat, cuma sikit-sikit saja. Tak adalah berlebih-lebihan sangat. Saya okay saja sebab tak berlebihan dan orang pun ketawa.

Orang pun tahu, itu buat lawak saja. Produksi ada berikan beberapa had dan batasan, tetapi yang ini okay saja.

Sarah berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba with Abby Abadi dan majlis pelancaran produk makanan tambahan, Berryfull Honey Lemon di sekitar ibu kota, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu, ibu mentuanya Datin Patimah Ismail yang hadir menyaksikan persembahannya juga terhibur.

Dia pun ketawa juga dan dia datang ketika minggu pertama. Dia terhibur dan saya pun dah maklumkan kepada dia.

Malah, rakan sekumpulan saya iaitu Mamak Puteh dan Ilham Abata pun cakap ‘sorry’ dan dia pun cakap okay, tak apa sebab dia pun terhibur juga.

Imbas kembali, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5. Namun, mereka disahkan bercerai pada 14 Jun 2023.

MENARIK:  Pekerja ‘Offshore’ Terkejut 4 Daripada 6 Anak Bukan Darah Daging, Rupanya Isteri Buat ‘Projek’ Dengan Ramai Lelaki

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular