QR Kini Kaedah Bayaran Baharu, Malah Digunakan Oleh Bomoh!

Shopee Sale


Di tahun 2024, perkhidmatan bomoh pun dah jadi ‘advance’ dah sekarang ini.

Pelanggan tak perlu lagi bayar pengeras dengan menggunakan wang tunai. Sebaliknya, buat sahaja pembayaran secara ‘online transfer’ yang lebih mudah buat para pelanggan.

Bayar bomoh pun guna kod QR

" data-video-id="7366894451681250568">
@primeworksstudios.film Zaman 2024 ni, nak bayar bomoh pun scan pakai qr je. Nampak Malaysia semakin maju! Saka Perawan bakal mula menjejaki pewarisnya di pawagam 27 Jun 2024. Kita lihat siapa yang kena! ? #SakaPerawan ?????? #BomohOnline #KitaLihatSiapaYangKena ? original sound – Primeworks Studios Film

Itulah cara pembayaran yang ditawarkan oleh Damak (Man Raja Lawak), seorang bomoh kampung hebat yang mengamalkan ilmu hitam dalam mengubati penduduk kampungnya.

Menerusi trailer pendek filem Saka Perawan, isteri kepada ketua kampung iaitu Lin Gebu (Anne Abdullah) datang berjumpa dengan Damak untuk meminta pertolongan terhadap suaminya yang gemar ke rumah janda Rusila.

Dapat dilihat, Damak kemudiannya menunjukkan kod QR dengan matanya untuk Lin Gebu melakukan pembayaran.

Fuh! Memang moden habislah Damak ini. Walaupun dia mengamalkan ilmu hitam tradisional, dia tetap mengikuti perkembangan teknologi terkini yang seiring dengan dunia moden masa kini.

MENARIK:  Nomad Pertama Kali Beraya Sebagai Suami, Akui Makin Matang Selepas Berkahwin

Jadi, sekiranya anda ingin mengetahui apakah kesudahan bagi perancangan Lin Gebu dan Damak, jangan lupa saksikan filem ‘Saka Perawan’ yang akan menemui anda di pawagam pada 27 Jun akan datang.

Sekadar info, filem ‘Saka Perawan’ arahan Dr. Ahmad Idham ini dibintangi, Isyariana, Sophia Albarakbah, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular