Raih Pendapatan RM2k Sebulan, Kerajaan Henti Beri Elaun Bantuan Pada Pengemis Miliki Proton X70

Shopee Sale


Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita (KPWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan elaun dan bantuan yang diberikan kepada seorang pengemis kelainan upaya (OKU) yang memiliki kereta mewah jenis Proton X70 dihentikan.

Elaun ditarik balik

Menerusi potongan video yang dimuat naik Free Malaysia Today di aplikasi X, Noraini turut menjelaskan bahawa pengemis tersebut turut diberikan amaran serta perlu melengkapkan surat aku janji untuk tidak mengemis.

Berdasarkan siasatan, individu tersebut merupakan penerima elaun pekerja orang kelainan upaya sebanyak RM400 sebulan.

Susulan kejadian yang tular itu, beberapa tindakan telah pun diambil seperti amaran dikeluarkan kepadanya serta individu berkenaan diperuntukkan untuk melengkapkan surat aku janji untuk tidak lagi mengemis.

Siasatan juga mendapati dia bekerja sebagai penyelia syif di sebuah syarikat bas dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan.

Justeru, beliau tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM.

Noraini memaklumkan perkara tersebut selepas diajukan soalan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang ingin tahu tindakan KPWKM serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap pengemis tersebut.

Tambah Ahli Parlimen Parit Sulong itu lagi, Akta Orang-Orang Papa 1977 tidak mempunyai hukuman punitif melibatkan golongan yang mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.

MENARIK:  Ruhainies Maafkan Netizen – ‘Mereka Tiada Di Tempat Kejadian, Tidak Tahu Cerita Sebenar’

Justeru, Kementerian kini menyemak semula akta tersebut untuk melihat semula akta berkenaan secara komprehensif bagi menambah baik pengendalian isu orang papa dan gelandangan.

Terdahulu, seorang pengemis yang mengalami kecacatan pada kedua-dua tangannya difahamkan mampu mengutip sebanyak RM500 hasil mengemis dalam tempoh empat hingga enam jam di pasar malam.

Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut akhirnya terbongkar selepas JKM melakukan operasi membanteras aktiviti pengemis pada Februari lalu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular