Raih RM16.3 Juta Selepas Lima Hari Tayangan, ‘Sheriff’ Karya Paling Jujur Yusof Haslam

Shopee Sale


Filem terbitan Skop Production iaitu ‘Sheriff: Narko Integriti’ berjaya menambat hati para peminat industri filem Malaysia apabila berjaya mengutip kutipan sebanyak RM16.3 juta setakat lima hari tayangan di seluruh pawagam di Malaysia.

Apa yang menarik, filem terbitan terbaharu Skop Production ini menampilkan sisi berbeza jika hendak dibandingkan dengan filem berkaitan polis yang pernah diterbikan sebelum ini.

Filem paling ‘jujur’ dihasilkan

Menurut Pengasas dan Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam yang begitu sinonim dengan filem kepolisan menyifatkan filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ ini merupakan karya yang paling ‘jujur’ pernah dihasilkannya.

Lebih mengharukan, pengarah dan penerbit yang terkenal dengan jolokan ‘The Six Million Dollar Man’ itu memaklumkan filem tersebut turut mendapat ‘green light’ daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ditayangkan meskipun mengetengahkan sisi gelap dunia kepolisan.

Sepanjang menghasilkan filem dan drama kepolisan, setiap skrip dinilai pihak polis, (kalau dulu) memang tak boleh menunjukkan sisi gelap, memang tak bagi dan skrip kena ubah.

Jalan cerita filem ini lain daripada apa yang saya pernah buat, bukan macam zaman saya buat Gerak Khas dulu, mesejnya kita boleh hadam sendiri.

Yusof juga berharap, filem yang dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz dan Zul Ariffin itu mampu menjadi penanda aras yang baharu buat filem aksi tempatan.

Sementara itu, pengarah filem Sheriff iaitu Syafiq Yusof yang juga merupakan anak kepada Yusof memaklumkan bapanya itu merupakan sumber inspirasi kepada penghasilan filem tersebut.

MENARIK:  [VIDEO] Rugi Lebih RM500,000, Isa Isarb Batal Program ‘Challenge’ Selepas Dikecam – ‘Salah Tetap Salah, Saya Akan Ambil Pengajaran’

Tambah Syafiq, filem ini juga merupakan antara filem yang paling sukar untuk dihasilkannya kerana memakan masa selama 81 hari bagi proses penggambaran.

Saya nampak filem ini sangat penting untuk dia (Yusof) yang telah terlibat 40 tahun buat filem, setiap malam saya nampak dia tulis cerita polis.

Jadi, bila saya tanya nak buat cerita polis yang bagaimana lagi, dia cakap mahukan tema integriti dan dari situ saya kembangkan jalan cerita filem Sheriff ini.

Selain Aaron dan Zul Ariffin, filem Sheriff: Narkotik Integriti ini turut dibintangi Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular