Rakan Gesa Aliff Aziz Jadi Lelaki Sejati, Minta Selesaikan Masalah Rumah Tangga – ‘Kesian Umi & Keluarga Kena Tempias’

Shopee Sale


Rakan kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Nick Mikhail Razak tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangga melibatkan rakannya itu menerusi Instagram (IG).

‘Jadi lelaki, munculkan diri’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tuan Mikhail Razak (@nickmikhailrazak)

Menerusi hantaran di IG, Nick menasihatkan agar Aliff untuk munculkan diri bagi menyelesaikan kontroversi yang melibatkan namanya ketika ini.

Jadilah seorang lelaki, munculkan diri. Saya harap awak tampil dan selesaikannya.

Jangan tunggu sampai umur 40 tahun baru nak sedar, be a man!

Kalau salah mengaku salah. Kita ini lelaki ibarat nakhoda, tak akanlah nak biarkan kapal karam?

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, Aliff perlulah berani untuk berdepan dengan masalah memandangkan banyak bukti mengenai kecurangannya mula tersebar.

Bukti yang Sarah keluarkan dah terlalu banyak, kau tak boleh lari.

Kesian Umi (ibu Aliff) dan keluarga kau kena tempias ini.

Tutuplah mata kau, bayangkan Umi dan anak-anak kau.

Nick yang juga suami kepada personaliti media sosial King Coco menasihatkan Aliff untuk menceraikan isterinya, Bella Astillah sekiranya rumah tangga yang dibina tidak mampu lagi untuk diselamatkan.

Kalau dengan Bella tak boleh selesai, cerailah. Jadi ibu bapa yang baik.

Cari duit untuk beri makan kepada anak-anak, jangan sampai orang cakap kau tak pandai cari duit.

Dan kalau kau sayang Sarah, ceraikan Bella dan kahwinlah dengan dia.

Kalau buruk sekalipun isteri, janganlah curang. Sekiranya tak bahagia, jangan paksa untuk kekal dalam perkahwinan.

Terdahulu, seorang wanita yang mengaku bercinta dengan Aliff iaitu Sarah Yasmine dengan beraninya berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan perbualan di antara Aliff dan juga Ruhainies selepas kontroversi mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.

MENARIK:  Adira Berani Memutuskan Perceraian, Suami Tetap Berharap Untuk Memperbaiki – 'Mungkin Ini Ujian Bagi Saya'

Antara intipati perbualan tersebut ialah, Ruhainies didakwa telah menghasut Aliff untuk menjatuhkan isterinya, Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular