Rangka Manusia Ditemukan Dalam Parit Di Ladang Kelapa Sawit

Shopee Sale


Satu rangka manusia ditemukan orang awam di ladang kelapa sawit, Felda Sungai Kelamah, Gemas, pada petang Isnin.

Rangka manusia dalam parit

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, turut ditemui bersama mayat mangsa adalah sebuah motosikal, tali pinggang dan topi keledar.

Kami ke lokasi kejadian dan menjumpai rangka manusia daripada pinggul hingga kaki di dalam parit kering dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru.

Turut dijumpai topi keledar dan tali pinggang serta tengkorak manusia. Jarak dari rangka manusia dengan motosikal lebih kurang 15 meter, rangka tulang belakang 10 meter serta tengkorak manusia lebih kurang 80 meter.

Susulan daripada itu, rangka si mati telah di hantar ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kematian.

MENARIK:  Ifa Raziah Sambut Raya Pertama & Kedua Di Kuala Lumpur, Raya Ketiga Mungkin Terbang Ke London

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular