Raya Sama-Sama Riang Berganda Dengan Tawaran Hebat Daripada Lotus’s!

Shopee Sale


Sedar tak sedar tak lama lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang setiap tahun dinanti-nantikan. Mesti korang dah teruja nak buat persiapan kan?

Istimewa tahun ini Lotus’s tawar pelbagai promosi menarik bagi memastikan korang dapat sambut Ramadhan dan Aidilfitri dengan penuh bermakna!

Promosi hebat untuk semua kelengkapan puasa & raya

Raya Sama-Sama Riang Berganda sebab Lotus’s kan ade! Di Lotus’s semua barang kelengkapan yang korang perlukan tersedia di bawah satu bumbung.

Nak buat kuih raya? Tepung, telur, susu, pewarna dan semua keperluan korang dah tersedia. Nak kurma untuk berbuka? Mestilah ada macam-macam pilihan kurma yang menanti korang di Lotus’s.

Lotus's

Lotus's

Barang masakan tak perlulah korang risau, segala ayam, ikan, beras, sayur dan macam-macam lagi serba lengkap ada di Lotus’s. Paling best, harga pun berpatutan dan takkan membebankan korang di musim perayaan ini.

 

Lotus’s turut menyediakan pelbagai pilihan hamper dan kuih raya yang sedap untuk dijadikan hadiah buat tersayang sempena bulan mulia ini.

Haa.. Senang kerja, tak perlu dah korang nak wrap hamper sendiri atau berpenat-penat bakar kuih raya, dengan Lotus’s korang hanya perlu pilih je 🙂

Lotus’s juga tidak ketinggalan untuk menawarkan pelbagai pilihan baju raya serba cantik dengan harga mampu milik. Gerenti rambang mata bila korang ke bahagian baju raya, macam-macam warna dan rekaan tersedia untuk seisi keluarga!

Lotus's

Hal baju raya dah settle, dekorasi rumah jangan lupa pula guys. Beli je barang perhiasan korang dekat Lotus’s sekali. Mudah, terus borong semua barang keperluan korang. Jimat masa dan tenaga!

Lotus's

Sertai Roadshow Raya Lotus’s

Lotus’s bakal mengadakan roadshow di empat lokasi terpilih bersama barisan selebriti daripada Sinar FM dan influencers jemputan.

Kalau korang nak rasa pengalaman bermain game dan bersua muka dengan selebriti dan influencers ini jangan lupa untuk ke lokasi Lotus’s terpilih dari jam 11 pagi sehingga 5 petang.

Lotus’s Ampang: 16 Mac – 17 Mac

Lotus’s Mergong, Kedah: 23 Mac – 24 Mac

Lotus’s Peringgit, Melaka: 30 Mac – 31 Mac

Lotus’s Kota Bahru: 6 April – 7 April

Antara game yang boleh korang sertai nanti adalah Padan Barang Dengan Gambar, Gandakan Ketupat dan Golek-Golek Buluh Lemang. Nak tahu macam mana mainnya? Haa.. Kena lah turun dan sertai sendiri di roadshow Lotus’s nanti!

Kredit foto: freepik

Paling best, korang dijamin tidak akan pulang dengan tangan kosong sebab pemenang layak untuk membawa pulang baucar tunai dan juga produk Lotus’s.

MENARIK:  [VIRAL VIDEO] Dahlia Rizal Memperlihatkan Bagaimana Mengedarkan Mercedes-Benz, Dr Say Shazril Mendedahkan Potensi Pendapatan 'Influencer' Mencapai RM100,000 Sebulan

Menangi baucar tunai Lotus’s sehingga RM8,000!

Korang hebat memasak? Apa kata tunjukkan bakat korang tu melalui peraduan Resepi Onz, Riang Berganda! Caranya mudah je, korang hanya perlu berbelanja bahan masakan (minima RM30) di Lotus’s kemudian rakam dan muat naik resipi masakan tersebut ke Instagram.

Sertakan hantaran korang dengan tag @LotussMalaysia bersama #SamaSamaRiangBerganda. Psst.. Tips! lagi bagus kalau korang siap sebutkan bahan masakan yang dibeli di Lotus’s.

Peraduan ini bermula pada 12 Mac sehingga 8 April 2024 dengan tema berbeza setiap minggu. Minggu pertama adalah hidangan sahur, minggu kedua untuk hidangan utama, minggu ketiga air yang menyegarkan dan minggu keempat pula pencuci mulut.

Setiap minggu lima orang pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi baucar tunai seperti di bawah:

Tempat pertama – Baucar tunai RM1,000

Tempat kedua – Baucar tunai RM500

Tempat ketiga – Baucar tunai RM300

Hadiah saguhati – Baucar tunai RM100 (dua pemenang)

Jadi ahli Lotus’s untuk nikmati tawaran yang lebih hebat

Lotus's

Nak jimat lebih berganda? Jom jadi ahli Lotus’s untuk nikmati pelbagai tawaran istimewa. Korang hanya perlu muat turun aplikasi mereka di SINI dan ikuti langkah seterusnya.

Jangan lupa juga untuk ikuti laman Facebook, Instagram, TikTok dan X rasmi Lotus’s untuk ketahui promosi terkini.

The following two tabs change content below.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular