Rayuan PU Azman Tangguh Hukuman Ditolak Hakim, Dihantar Terus Ke Penjara Kajang

Shopee Sale


Foto: Harian Metro

Pendakwah selebriti, PU Azman akan terus dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara hari ini selepas permohonannya untuk menangguhkan hukuman ditolak Mahkamah Sesyen Klang.

Terus ke penjara Kajang

Foto: Utusan

Memetik laporan Harian Metro, permohonan itu ditolak Hakim Noridah Adam selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan itu.

Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili PU Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad memaklumkan bahawa anak guamnya adalah pesalah pertama dan masih berdepan dengan beberapa lagi pertuduhan di mahkamah lain.

Difahamkan, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias masih berdepan lima lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam, satu di Mahkamah Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Akan failkan rayuan

Sementara itu, pasukan pembelaan PU Azman akan memfailkan rayuan berkaitan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan atas dua pertuduhan itu.

Kami semestinya akan membuat rayuan nanti (bagi menangguh dan menggantung hukuman itu).

Kesemua proses itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi Klang ini.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan terhadap Azman Syah selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.

Imbas kembali, PU Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu pada 26 Disember lalu.

MENARIK:  Suami Mengaku Tak Ada ‘Selera’ Nak Sentuh Sebab Isteri Kedua Terlalu Pemalu – ‘Aku Bosan, Patut Ke Aku Lepaskan Je Dia?’

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Susulan daripada itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular