Razman Razmi, Pereka Fesyen yang Disukai Oleh Ramai Termasuk Jejaka ‘Hot’ Indonesia Judika, Cakra, Firman & Ifan Seventeen #OBFesyen

Shopee Sale


Nama Razman Razmi sememangnya tidak asing lagi dalam industri fesyen. Memulakan perniagaan seawal tahun 2002, dua figura hebat berasal dari utara tanah air ini berjaya melebarkan sayap perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Tahniah!

Pereka Suit & Texido yang sangat dikenali

Foto: Razman Razmi menjayakan pertunjukan fesyen di Nona Superhero Award 2023

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama , Razman, 52, berkata, nama Razman Razmi sangat sinonim sebagai pereka suit dan texido yang cantik dan kemas.

Bukan itu sahaja, mereka mempunyai keupayaan menyiapkan suit secepat satu hingga tiga hari sahaja.

Kebiasaannya pelanggan memang akan cari kami kalau nak tempah suit atau texido, lebih-lebih lagi kalau mereka nak pergi majlis rasmi, konsert mahupun anugerah.

Kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada golongan kenamaan dalam dan luar negara termasuk artis, usahawan, model, pelakon, pengacara dan ramai lagi.

Antara nama yang kami boleh kongsikan ialah Judika, Cakra Khan, Firman, Ifan Seventeen, Aliff Aziz, Datuk Fazley Yaakob, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Seri Vida, Datuk Khadijah Ibrahim dan Azharina Azhar. Mereka ini selalu dapat sentuhan daripada Razman Razmi setiap kali melakukan persembahan mahupun menghadiri apa jua majlis.

Menurut Razman lagi, kepercayaan dah kepuasan pelanggan adalah keutamaan bagi mereka.

Kami rasa sangat gembira apabila semua pelanggan kami berpuas hati memakai suit mahupun texido yang kami buat.

Secara tidak langsung menjadikan jenama RR terus meningkat naik dan mengorak langkah bersaing secara sihat di persada seni tanah air.

Macam sekarang, kami betul-betul sangat bersyukur kerana kami dikenali bukan sahaja di Malaysia malah, di luar negara juga.

Berbicara lebih lanjut, Razman memberitahu mereka ditugaskan untuk menyiapkan baju Judika dan Cakra sempena konsert Cakra Khan pada 17 Februari lalu.

Sepanjang konsert itu, Cakra telah mengayakan tiga persalinan daripada RR dan Judika pula mengayakan satu persalinan daripada kami.

Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Razman mengenai matlamat RR untuk tahun ini dan pada masa akan datang. Ujar Razman, mereka berdua akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan jenama RR menjadi pilihan ramai dan dikenali di seluruh dunia.

Alhamdulillah, rezeki semua Allah yang beri. Sebagai manusia dan pereka fesyen, kami cuba sehabis baik untuk memberi kepuasan kepada semua pihak terutama pelanggan kami.

Dari segi rekaan pula, kami akan pastikan ia mengikut trend dan sesuai dengan tubuh badan pelanggan kami.

Tahun ini sudah 22 tahun kami dalam industri fesyen. Kami yakin ramai orang di luar sana nampak semangat dan hasil kerja kami. Jadi, tidak perlu saya perjelaskan lagi tentang bagaimana kami menjaga kualiti jenama RR sendiri.

Buat semua pelanggan RR, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana anda percaya dan memberi sokongan buat kami.

MENARIK:  Maryam Yonaraee Dedah Pernah Jadi Mangsa ‘Face Shaming’ – ‘Orang Perli Mata Saya Sepet & Tanya Mana Kening’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular