Remaja 19 Tahun Tusuk Majikan Sebelum Mencuri Rantai Emas & RM4,000

Shopee Sale


Polis telah menahan seorang wanita Burma yang menikam majikannya sebelum bertindak mencuri wang tunai 30,000 baht (RM3,977.41) dan seutas rantai emas di sebuah rumah di Chiang Mai, Thailand.

Tikam berulang kali

tikam

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, pegawai polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan setiba sahaja di tempat kejadian, mereka mendapati mangsa terbaring dengan beberapa luka tikaman di dada, lengan kiri dan belakangnya.

Mangsa memberitahu bahawa suspek yang berusia 19 tahun itu memasuki bilik tidurnya ketika dia sedang tidur.

Suspek membuat bising untuk menyedarkan mangsa dan sebaik sahaja dia sedar, suspek menghampiri dan menikamnya berulang kali.

Mangsa yang berusia 46 tahun itu cuba mempertahankan dirinya dengan membaling pelbagai objek ke arahnya tetapi tidak berjaya.

Menurut mangsa, suspek mencari barang berharga dan berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dengan wang tunai 30,000 baht (RM3,977.41) dan seutas rantai emas bernilai kira-kira 9,000 baht (RM1,192.89).

Pihak polis memeriksa kamera keselamatan berhampiran dan dapat menahan suspek di rumah abangnya di wilayah Lamphun.

Beg biru tua yang mengandungi wang tunai, seutas rantai emas dan pisau 12 inci yang digunakan suspek untuk menikam juga dirampas bagi siasatan.

Suspek mengaku melakukan serangan tersebut dan memberitahu bahawa wang itu ingin diberikan kepada abangnya yang sangat memerlukan wang.

MENARIK:  myWaqafPTPTN Diperkenalkan, Penerima Manfaat Terdiri Daripada Mahasiswa Golongan B40, M40 & Asnaf

Tambahnya lagi, dia meminta majikannya membayar gajinya terlebih dahulu kerana abangnya memerlukan wang dengan segera tetapi majikannya tidak bersetuju dengan bayaran pendahuluan itu.

Disebabkan itu, suspek menjadi berang dan mengambil keputusan untuk menyerang majikannya demi wang.

Suspek dikenakan hukuman lima hingga sepuluh tahun penjara dan denda sekurang-kurangnya 100,000 (RM13,252.53) hingga 200,000 baht (RM26,505.06).

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular