Restoran Khidmat Segera Kegemaran Ramai Diusahakan 100% Rakyat Malaysia – Ini Cerita Mereka

Shopee Sale


Individu millenials yang lahir tahun 80-an mesti kenal dengan restoran khidmat segera yang top di Bukit Bintang dulu. Bermula dengan satu premis pada tahun 1982, restoran khidmat segera yang tersohor itu kini semakin berkembang dengan pesat di Malaysia.

Selama 42 tahun mereka beroperasi di Malaysia, telah banyak usaha dan bakti telah dicurahkan oleh syarikat ini kepada rakyat Malaysia. Syarikat ini tidak lain dan tidak bukan adalah McDonald’s Malaysia.

Terkenal dengan pelbagai menu yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, ramai yang tidak mengetahui bahawa premis makanan itu bukan sekadar menjalankan perniagaan makanan, tetapi juga sebagai sebuah platform pembangunan bakat yang komited untuk melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkebolehan dalam industri makanan di Malaysia.

Rakyat Malaysia tunjang McDonald’s Malaysia

Menurut Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, kejayaan syarikat hari ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu rakyat Malaysia.

“Selain sokongan pelanggan yang berterusan, kejayaan ini juga milik semua pekerja McDonald’s Malaysia yang menjadi tulang belakang operasi restoran dan pilihan utama rakyat Malaysia,” katanya.

McDonald’s Malaysia kini mempunyai leih 13,000 pekerja, 100% warganegara Malaysia, di mana 90% adalah Muslim. McDonald’s komited menyediakan peluang pekerjaan kepada semua golongan termasuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Teladan hidup bertukar menjadi peluang keemasan

Perkara ini diinspirasi oleh Dato’ Haji Azmir Jaafar sendiri apabila beliau yang hanya bermula sebagai seorang pengurus pelatih di sebuah restoran McDonald’s mampu mendaki ke peringkat pengurusan utama syarikat itu.

Setelah dilantik menjadi Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Dato’ Haji Azmir sedar bahawa pengalaman kerjayanya boleh memanfaatkan lebih ramai komuniti dan warga Mekdi sekiranya mereka diberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.

Merealisasikan usaha ini, McDonald’s Malaysia telah membangunkan pelbagai latihan kerjaya yang boleh membantu pekerjanya memajukan diri dalam industri makanan.

Antaranya dengan mewujudkan Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia, bertujuan untuk memberi peluang kepada belia melanjutkan kerjaya sambil belajar bersama McDonald’s.

Pekerja yang ingin mendapatkan pelbagai jenis latihan, sama ada dalam bidang pentadbiran, kepimpinan ataupan pengurusan restoran boleh dapatkan latihan tersebut melalui Hamburger U di Malaysia . Hamburger U di Malaysia ini merupakan yang ke- 9 di dunia dan satu-satunya di Asia Tenggara.

Tuah badan membawa Mohd Faizul menerima Anugerah Presiden

Pengurus Wilayah Lembah Klang McDonald’s Malaysia, Mohd Faizul Mohd Rizal, 38, menyifatkan kerjayanya sebagai “tuah badan” tidak pernah menyangka perjalanan bersama McDonald’s membawanya ke tahap membanggakan.

Faizul, yang asalnya graduan kejuruteraan awam, memutuskan untuk menyertai McDonald’s secara sepenuh masa setelah terinspirasi dengan kisah kejayaan senior-seniornya di restoran itu sewaktu bekerja separuh masa semasa di zaman universiti.

Selepas hampir 20 tahun, beliau kini mengurus pasaran terbesar McDonald’s di Malaysia.

Pada 2023, Faizul menerima Anugerah Presiden, anugerah global yang mengiktiraf 1% kakitangan McDonald’s di seluruh dunia.

“Anugerah ini membakar semangat saya untuk terus maju dan membantu rakan-rakan lain mencapai kejayaan bersama McDonald’s,” tambahnya.

Sentuh jiwa pelanggan melalui makanan

Pengurus Pemasaran McDonald’s Malaysia, Aaron Danial Raj a/l Gunasekaran Parathy, 33, memilih untuk kembali ke sektor perkhidmatan makanan kerana ingin memberi sentuhan jiwa kepada pelanggan melalui hidangan yang menyelerakan.

Aaron menyertai McDonald’s Malaysia pada tahun 2022, setelah hampir 10 tahun meninggalkan bidang perkhidmatan makanan. Meskipun pernah menceburi industri lain, Aaron menyedari bahawa kepuasan sejatinya adalah melihat pelanggan gembira menikmati makanan, membuatkan Aaron kembali menyertai restoran perkhidmatan segera.

Walaupun masih baru dalam ekosistem McDonald’s, Aaron bermotivasi mencipta sesuatu yang bermakna, menyedari peranan besar restoran ini dalam menawarkan ‘delicious feel-good moment’ kepada pelanggan, sama ada melalui makanan atau suasananya.

MENARIK:  [VIDEO] Ozlynn Kongsi Imej Baru Johan, Botak Kepala Semasa Ibadah Haji – ‘Dia Buat Kerana Allah Bukan Manusia’

Bermula daripada juruwang kini merupakan ‘orang besar’! Wong Xinru kini 10 tahun bersama McDonalds!

Pengurus Restoran McDonald’s Bandar Utama, Wong Xinru, 27, tidak menyangka perjalanan kerjayanya kini hampir mencapai 10 tahun bersama McDonald’s Malaysia. Bermula sebagai juruwang dan pelayan, kini Xinru ‘orang besar’ di restoran yang
diuruskannya.

Beliau yang mula bekerja kerana minat menghadapi cabaran dalam sektor perkhidmatan makanan berkata, menyesuaikan diri dan berdepan dengan pelanggan pada awalnya agak sukar, tetapi latihan dan bimbingan daripada staf yang berpengalaman membantu beliau mengatasinya.

“Berbekalkan pengalaman yang ada dalam mengendalikan pelanggan, sedikit demi sedikit saya diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan staf dan restoran. Ini menunjukkan McDonald’s Malaysia membuka peluang kepada semua pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka. Daripada penjaga kaunter pesanan makanan dinaikkan pangkat sampai jadi pengurus restoran, saya tidak sangka peluang ini tiba tetapi saya amat hargainya.”

Kisah ibu menjadi inspirasi

Ahmad Danial Zakwan Zainal Fithri, 19, terinspirasi untuk bekerja di McDonald’s Malaysia selepas mendengar cerita ibunya, Norlela Din, 43, tentang pengalaman menarik dan peluang di restoran tersebut.

“Selepas tamat SPM, saya ingin mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan kemasukan universiti. Kebetulan suatu hari ibu ada cakap tentang Program Perantis Vokasional McDonald’s, jadi saya berminat untuk mencuba. Rupanya memang seronok bekerja dengan kakitangan yang mesra dan sangat prihatin,” kata Zakwan.

Norlela yang sebelum ini seorang suri rumah, kini bekerja di McDonald’s untuk membantu keluarga dan merasa gembira dapat bekerja bersama anaknya di McDonald’s Caltex Jalan Tengah, Pulau Pinang.

Dilayan secara adil dan sabar membuatkan Teo Jia Jun dapat menyesuaikan diri dengan baik

Teo Jia Jun, 29, mula bekerja di McDonald’s Mutiara Damansara pada 2023 dan kini telah berkhidmat selama lebih setahun. Sebagai individu daripada kategori Orang Kelainan Upaya (OKU), Teo mendapat saranan daripada rakannya untuk mencuba nasib di McDonald’s, yang menyediakan peluang kerjaya kepada OKU.

“McDonald’s adalah syarikat pertama yang saya bekerja sebagai pekerja sepenuh masa. Sebelum ini saya hanya bekerja sebagai pekerja separuh masa dalam sektor lain. Saya suka bekerja disini kerana mereka sangat menghargai orang-orang seperti saya.”

Teo menjelaskan bahawa McDonald’s memberikan perhatian yang khusus kepada orang OKU untuk bekerja di restoran mereka dengan memberikan latihan khas agar kumpulan pekerja ini dapat menyesuaikan diri dengan baik.

Aspirasi McDonald’s Malaysia sebagai platform pembangunan bakat dan kerjaya ini adalah tradisi syarikat berkenaan sebelum ia mula diperkukuhkan oleh Dato’ Haji Azmir Jaafar melalui pelbagai program.

McDonald’s Malaysia telah berkembang sebagai sebuah perniagaan yang bukan sahaja memberi perkhidmatan makanan kepada pelanggan, malah bagi memastikan kecemerlangan itu mampan, syarikat ini sedar bahawa kunci kejayaan ini bermula dari
warga kerjanya yang berkemahiran dan berkualiti.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular