‘Rezeki Saya Dilantik Sebagai Duta, Ramai Lagi Nama-Nama Hebat Di Luar Sana’ – Alyah

Shopee Sale


BeFunky-collage alyah

Penyanyi Datin Alyah bersyukur apabila rezeki masih tidak putus-putus dan kini baru sahaja dilantik menjadi duta untuk produk kosmetik.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Anggap Saya Wanita Lindungan Kaabah, Sebab Saya Pun Ada Angin Juga’ – Alyah

Perkenalkan produk

alyah twomee

Menurut Alyah, dia teruja bekerjasama dengan Pengasas Twomee, Datuk Suraya Haji Semaru bagi memperkenalkan lagi produk ini di pasaran secara meluas.

Saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pengasas iaitu Datuk Suraya yang sudi bekerjasama. Saya tahu dengan keadaan sekarang, persaingan sangat sengit kerana ada ramai lagi nama-nama yang lebih hebat daripada saya di luar sana. Inilah yang dinamanya rezeki.

Sebagai duta, saya perlu kerja lebih kuat untuk membantu jenama ini agar mendapat sambutan yang baik di pasaran. Saya akan memainkan peranan saya sebagai duta produk untuk memperkenalkan Twomee di pasaran.

TWOMEE

Kata Alyah, 43, dia bukan seorang yang akan menerima tawaran tanpa menggunakan terlebih dahulu produk terbabit. Cerita mengenai kelebihan ‘Makeup Based 3 Dalam 1’, pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan berkata produk ini bukan semata digunakan untuk bersolek tetapi dalam masa sama boleh melindungi kulit.

Saya memastikan saya mencuba terlebih dahulu jenama ini. Apa yang saya gemar adalah produk ini melalui pelbagai proses penyelidikan sebelum ia dipasarkan.

Selepas menggunakan Makeup Based 3 Dalam 1, ia serasi dengan saya dan memang berkesan. Jadi saya tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan tawaran mereka.

Ia cepat digunakan, berkualiti dan sangat sesuai untuk menjaga semua jenis kulit.

Apa yang membezakan, kelebihan produk ini berbanding yang lain adalah produk ini bukan sekadar untuk bersolek semata. Ia juga boleh dijadikan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.

Jumpa di majlis perkahwinan

datuk suraya

Sementara itu, Suraya mendedahkan pemilihan isteri kepada Datuk Ramli MS sebagai duta disebabkan sikap peramah yang ditonjolkan ketika bertemu dengan orang ramai.

Perkenalan kami bermula dengan undangan memanggil Alyah untuk menyanyi di majlis perkahwinan saya. Selepas acara selesai, saya kagum melihat Alyah melayan semua tetamu yang hadir dengan ramah seperti kawan sendiri.

Sejak itu, saya senang dengan personaliti yang ditonjolkan Alyah dan ia menjadi sebab saya melamarnya sebagai duta kepada jenama kosmetik dan kecantikan yang saya usahakan.

Alyah dan Suraya berkata demikian ketika majlis pelancaran produk Twomee yang diadakan di Royale Chulan Damansara, baru-baru ini.

MENARIK:  Fattah Amin Tahu Rahsia Fazura, Enggan Buka Aib Bekas Isteri – ‘Saya Dah Setuju Tak Failkan Nusyuz’

Jenama Twomee yakin dapat memberikan hasil yang terbaik kerana bahan-bahan semula jadi yang digunakan diimport dari luar negara antaranya ialah Petroleum yang dapat mencegah punca kehilangan kelembapan pada kulit.

Selain itu, bahan seperti Helichrysum merupakan herba yang dapat mencegah penuaan kulit, menghalang keradangan kulit dan sangat membantu kulit yang bermasalah. Di samping itu, Snow Mushroom digunakan sebagai agen kelembapan yang berkesan tiga kali ganda lebih baik dari Hyaluronic Acid.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular