Riezman Dedah Isu Salah Guna Wang Konsert Buatkan Nama Baik Tercemar – ‘Seolah Saya Pula Yang ‘Spin’ & Ambil Duit’

Shopee Sale


Pelakon, Riezman Khuzaimi mendedahkan isu kes penyalahgunaan wang melibatkan penganjuran konsert Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia telah menyebabkan nama baiknya sebagai seorang selebriti tercemar.

‘Saya yang beri dia job’

 

Ketika ditemui , Riezman, 54, berkata, hubungan baiknya bersama rakan kongsi turut dingin kerana dirinya merupakan individu yang menyarankan nama pempengaruh berkenaan untuk menguruskan hal berkaitan dengan konsert.

Dalam syarikat saya merupakan rakan kongsi. Jadi, kejadian ini dah mencemarkan hubungan antaran saya dengan rakan kongsi saya.

Sebab itu juga saya pernah cakap saya trauma sebab kejadian ini membuatkan kepercayaan rakan kongsi terhadap saya itu menipis.

Ini kerana, saya yang bawa dia (pelaku) dan beri dia ‘job’ tapi penyudahnya dia ‘makan’ balik saya.

Nama saya di dalam industri juga tercemar sebab artis yang terlibat dengan konsert ini turut hilang kepercayaan kepada saya dan menganggap seolah saya pula yang terlibat dengan penyalahgunaan wang ini.

Riezman berkongsi perkara tersebut ketika ditemui usai prosiding pertuduhan melibatkan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan rakan kongsi, pelakon filem ‘Baik Punya Cilok’ ini memaklumkna hubungan mereka masih lagi dingin.

Susulan itu, Riezman berharap agar kes yang sudah pun dibawa ke muka pengadilan ini sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan kembali hubungannya dengan rakan kongsi.

Hubungan antara kami masih lagi dingin sehingga ke hari ini tapi itulah, saya pun tak boleh nak buat apalah.

Jadi saya harap dengan adanya pengadilan daripada pihak mahkamah dapat membuatkan hubungan kami kembali okay.

Tetapi boleh saya katakan rakan kongsi saya itu sangat ‘frust’ dengan kejadian ini kerana dia merupakan individu yang mengeluarkan modal.

Terdahulu, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Rabiatul Addawiyah Izzadin mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengambil wang milik syarikat Mission Sight Sdn Bhd berjumlah RM237,370.

MENARIK:  [VIDEO] Nenek Kurang Senang Tonton Lakonan Aniq Suhair – ‘Kenapa Tidur Dengan Perempuan Atas Katil?’

Ia bagi menguruskan konsert Goyang Asli Koplo Milenia tahun lalu namun tertuduh gagal berbuat demikian dan menggunakan wang terbabit bagi kegunaan sendiri yang mana wang diambil bukan miliknya.

Sekadar info, Riezman sebelum ini mendedahkan dirinya mengalami kerugian kira-kira RM1 juta apabila ditipu konsultan yang menguruskan konsert anjuran pertamanya itu.

Riezman kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields pada 14 Jun tahun bagi tujuan tindakan undang-undang.

Penipuan itu telah menyebabkan konsert yang dianjurkan telah tertangguh sebanyak tiga kali sebelum akhirnya berjaya dianjurkan pada 27 Januari lalu bertempat di Zepp, Kuala Lumpur.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular