Pelakon Nur Risteena menerima mesej berbaur lucah di platform media sosialnya.
Mesej lucah
Menerusi hantaran di Instagram Story, Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Ilyas mendedahkan direct mesej (DM) yang dihantar oleh seorang individu.
Berdasarkan DM tersebut, individu itu bertindak menawarkan sejumlah wang kepada Risteena untuk menemaninya melakukan hal yang tidak senonoh menerusi panggilan video.
Saya nak tawarkan sesuatu, tapi benda kurang baik la.
Nak ajak video call sebenarnya, teman ‘ehem-ehem’, tapi cuma tengok sahaja bukan buat sekali.
Saya bayar RM3,000 untuk sekali panggilan video. Tapi ini rahsia antara kita.
Meskipun kakak kepada pelakon sensasi Ruhainies itu menolak tawaran berkenaan namun individu tersebut masih mencuba dengan menaikkan harga.
Serius ni, saya naikkan RM7k. Cuma tengok sahaja.
RM10k.
Dalam masa yang sama, aktres berusia 34 tahun tersebut berkata, ia bukanlah kali pertama dia mendapat mesej seperti itu.
Banyak kali dapat mesej lucah, pelik-pelik daripada orang yang berbeza.
Sudah akhir zaman ini, ingat Allah ya.