Rosyam Nor Kongsi Perkembangan Laporan Polis Kes Nama Disalah Guna – ‘Saya 50-50 Nak Saman Kerana Masih Ada Rasa Simpati’

Shopee Sale


Datuk Rosyam Nor

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berkongsi perkembangan laporan polis dibuat berhubung kes namanya disalahguna membabitkan isu rumah tangga Fattah Amin dan Nur Fazura.

Rasa simpati

Datuk Rosyam Nor

Rosyam atau nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata, kes tersebut masih berjalan dan  dalam perbincangan dengan peguam dilantik untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun katanya, masih terbit rasa simpati untuk memaafkan beberapa individu terlibat.

Kes itu masih dalam proses, ada ‘pro and cons’ (baik buruk). Ada yang menangis hubungi saya minta maaf, ada diantara mereka yang kerja sebagai security guard (pengawal).

Kes itu sudah sampai kepada pihak polis dan MCMC, bergantung kepada saya sama ada mahu teruskan atau tidak.

Saya belum memaafkan mereka, masih dalam perbincangan dengan peguam saya. Saya 50-50 untuk saman kerana masih ada rasa simpati.

Rosyam berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran bersama barisan pelakon sebuah drama arahan Erma Fatima yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, pada Selasa.

Pengajaran

Datuk Rosyam Nor

Kongsi Rosyam lagi, dia mendapati individu yang terlibat kebanyakkannya merupakan golongan masyarakat yang menetap di kawasan pendalaman.

Saya lihat orang-orang komen adalah mereka yang duduk di pendalaman, orang kampung yang tidak tahu menahu sekadar ‘foward’ sahaja. Berhati-hati di zaman fitnah, kerana dosa yang mengalir hingga mati.

Berharap perkara itu dapat dijadikan pengajaran kepada netizen yang lain diluar sana. Bukan semua tetapi ada segelintir yang suka hentam ‘sembrono’ (sesuka hati).

Sementara itu, disoal mengenai respon Fattah apabila mereka jumpa di set penggambaran, Rosyam memberitahu aktor itu hanya tertawa.

Fattah tahu kes ini, cuma kami tidak pernah berbincang secara berdepan. Fattah hanya gelak kerana tahu ini semua kerja netizen yang tak faham bahasa.

Terdahulu, Rosyam membuat laporan polis terhadap beberapa pengendali ‘fanpage’ yang menggunakan tajuk kononnya dia pernah menasihati Fattah berhubung sikap isteri aktor terbabit.

MENARIK:  [VIDEO] Neelofa Kongsi Doa Untuk Dapat Jodoh Yang Baik- ‘Ringkas & Kena Konsisten’

Rosyam membuat laporan di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dengan ditemani peguamnya, Aizul Rohan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular