Rosyam Nor Tak Setuju Artis Bermasalah Kena ‘Banned’, Minta Beri Ruang Perbaiki Diri – ‘Tak Ada Orang Nak Buat Silap’

Shopee Sale


Pengarah, penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor tidak setuju dengan tindakan menyenarai hitam atau ‘banned’ nama selebriti bermasalah atau yang terpalit dengan kontroversi.

Artikel berkaitan: ‘Saya Minta Maaf, Tak Sangka Akan Jadi Viral’ – Rosyam Nor Buka Mulut Isu Rumah Pelacuran Untuk Warga Asing

Artikel berkaitan:  [VIDEO] ‘Nampak Anak Bini Kita Silap Silap Dirogol’ – Rosyam Nor Berpendapat Rumah Pelacuran Penting Untuk Pendatang Asing Lepaskan Nafsu

‘Tak ada orang nak buat silap’

Memetik laporan Harian Metro, Rosyam memberitahu tiada artis yang mahu melakukan kesilapan sehingga boleh menjejaskan periuk nasi mereka.

Saya rasa perkataan ‘banned’ itu tidak cantik. Tidak ada seorang pun dalam dunia nak buat silap, tetapi kadang-kadang perkara itu terjadi.

Saya sebenarnya menolak perkara seperti ‘banned’ ini sebab kadang-kadang bila seseorang artis itu bersih, semua hendak sanjung dia. Tapi, apabila dia ada buat satu kesilapan takkan kita nak ‘banned’ terus.

Siapa yang nak buat kesilapan. Tapi, jangan sebut ‘banned’ sebab ini rezeki orang. Kita kurangkan kerana industri ini juga adalah perniagaan.

Menurutnya, langkah terbaik untuk menangani situasi itu adalah dengan memberi ruang kepada artis tersebut memperbaiki diri.

Selain itu, keputusan untuk mengambil seseorang artis berlakon juga tertakluk kepada stesen TV dan produksi demi menjaga reputasi mereka.

Stesen TV berniaga dan penerbit juga berniaga. Artis juga berniaga mereka punya bakat. Kalau ada penerbit yang merasakan dengan mengambil artis masalah boleh menjejaskan reputasi penerbitan mereka, maka tak perlu ambil.

Begitu juga dengan stesen TV, kalau menerima artis bermasalah itu boleh jejaskan rating, maka tak perlu ambil. Tapi jangan ‘ban’, beri masa dan ruang untuk berubah sebab semua orang pernah melakukan kesilapan dan semua boleh berubah.

Tapi kalau yang tak berubah, elok lupakan terus.

Disoal sekiranya produksinya berdepan dengan situasi pelakon terlibat dilanda kontroversi, dia tidak sanggup untuk menghentikan penggambaran.

Kalau saya, saya akan jalan saja.

MENARIK:  ‘Saya Akan Buat Laporan Polis Sekiranya Ugutan Itu Boleh Mengancam Nyawa’ – Iman Troye

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular