Rozita Che Wan Bersyukur Akun Instagramnya Dikembalikan – Berkat Kerjasama dengan Pejabat SKMM

Shopee Sale


Rozita Che Wan

Dramatis popular, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya yang digantung sejak beberapa bulan lalu.

Dapat balik IG

Rozita Che Wan

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkata usahanya naik turun pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak sia-sia.

Alhamdulillah, syukur saya dapat semula IG. Terima kasih SKMM, terima kasih Fina yang bertungkus lumus bantu saya.

Tak sia-sia naik turun pejabat SKMM. Terima kasih sangat-sangat.

Terdahulu, Che Ta memaklumkan akaun Instagram miliknya yang menggunakan nama @rozitachewan1 telah digantung apabila dikatakan melakukan aktiviti agresif dan tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.

Malah, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga berasa kecewa dan bingung apabila memikirkan mengenai aktiviti agresif yang didakwa dilakukannya menerusi media sosial tersebut.

Dalam masa sama, isteri kepada aktor Zain Saidin itu turut menerima emel daripada pihak Instagram untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan selamanya.

MENARIK:  Kali Kedua Beraya Sebagai Ibu Tunggal, Shuhada Seronok Beraya Dengan Anak-Anak – ‘Alhamdulillah Mereka Dapat Banyak Baju Sponsor’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular