Ruhainies & Aliff Aziz Sekadar Kawan, Hanya 30 Minit Bukan 3 Jam

Shopee Sale


ruhainies buka mulut

Masih belum reda isu dua pelakon iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies yang didakwa berkhalwat di salah sebuah kondominium mewah pada Sabtu lalu.

Terbaharu, aktres itu memberi penjelasan berhubung kontroversi tersebut.

Bakal jelaskan keadaan sebenar

ruhainies buka mulut

Memetik laporan Harian Metro, Ruhainies menegaskan bahawa dia dan Aliff hanyalah sekadar berkawan dan mengenali antara satu sama lain sudah cukup lama selain sedang menjalani penggambaran drama bersama.

Kami hanya kawan.  Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jerat.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dia akan memberikan kenyataan rasmi apabila tiba masa yang sesuai.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 32 tahun ini juga berharap tidak akan ada lagi infomasi yang tidak tepat dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti.

30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun. Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai.

Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

MENARIK:  Syasya Rizal Akhirnya Bersuara, Keluar Dolla Demi Kelangsungan Hidup – ‘Ia Adalah Keputusan Paling Sukar Dibuat’

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular